Saturday, November 21, 2009

Hari Raya Haji...

Selamat hari raya ieduladha kepada semua knkwn yang berkesempatan singgah ke blog ini, moga kite semua mempunyai peluang memenuhi rukun islam yg ke lima ini satu hari nnt...insyaAllah aminn

Manfaatkanla cuti sekolah dan cuti sempena hari raya ini dengan perkara2 yg berfaedah (pesanan pada diri sendiri juga)

Monday, November 16, 2009

Rutin..

Setiap hari rutin yang hampir sama....

Aritu tgh lepak2 kt ruang tamu sambil tgk tv kt tv3 ada la plak rncgn masquarade dr jepun. Kreatif sungguh diorang wat benda2 cmtu, pastu iklan la plak tgh best2 tgk, kuar iklan donlod ringtone ntuk hp lagu mila jika kau ubah fikiran, best la plak bila dgr, tp xdonlodla sbb hp pn capuk je hehehe...

Jumaat lepas installkn kawannyer laptop dgn antivirus kaspersky yg dia beli, sambil2 tgk muzik2 separuh akhir, then adala plak lagu khatimah cinta (lebih dikenali dgn lagu kacip fatimah bercinta hehehe klu dl la kt lab lama)

Alhamdulilah segalanyer dipermudahkan Allah,arini 16/11/09 antar tesis ke GSO dlm hujan renyai2, tp basah gakla baju and seluar. Dl masa antar 5 copy tesis kt GSO pn hujan gak. Hai nmpknyer nnt nk ambil tesis ntuk wat hard bound hujan gak kot. Dah la helmet letak kt motor masa hujan lebat, abis basah terus helmet..skrng tgh keringkn dlm dryer ehehehehe

Skrng agak free, mmngla free dh xkeje kn so kena fokus wat paper plak harap2 ada semngt nk siapkan. Sambil2 wat bisness kecik2 nie, moga dimurahkan rezeki...insyaAllah

Last exam rsnyer arini...moga semuanyer selamat dan berjaya dapt result yg gempak...aminnn =)

So masa ntuk promote sapa2 yg berminat nk beli antivirus kaspersky pada harga yg berpatutan lehla contact k, dan baju muslimah leh klik kt sebelah kiri nie k, no contact ada kt entry sebelum nie....till next time

Thursday, November 12, 2009

Update...

Kepada yang berminat unutk membeli baju muslimah leh klik kt banner sebelah kiri nie

Kepada yang memerlukan antivirus untuk komputer atau laptop sy ada menjual antivirus kaspersky 2010, single user, 1 year subscriptions

no contact - 012-6635648 / 013-2720539

Siapakah Qarin...

Dapat email dari seorang kawan tentang qarin...rs menarik and nk kongsi kt sini...harap memberi manfaat.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.


Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Semoga kita sentiasa mengingati Allah dan tidak mengikut hati dan perasaan dalam kehidupan seharian....

Friday, November 6, 2009

Start jual...

Semalam ada permintaan.....tp still xdpt memenuhi smpi skrng nie dh dkt kul 4 dh nie..kelmarin barang dh smpi tp masih lum laku satu lagi pn.

Takpe adat nk menjual nie kena bersabar nnt dh laku insyaAllah orang dtg sndiri, xperlu ssh nk cari lagi....insyaAllah

Tapi sebelum tu kena usaha lebih dl peringkat awal nie, xleh hangat2 tahi ayam je nnt semua xjadi.

Keje kena wat gak, menulis kena jalan gak, tesis kena siapkan jugaaaaakkk.

Wednesday, November 4, 2009

Sekadar ingin berkongsi ilmu....

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT??

Beramal selalu..
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. 'wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.

Sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat....

Tuesday, November 3, 2009

Now or never.....

Its time for me to move on, its have been too much time i already wasted with my such bad behavior......

I already 26 yet i still have nothing to proud of, shame on me!!! Maybe i took many things for granted in my life.

May Allah forgive me.......