Tuesday, May 18, 2010

Ucap selamat


Bulan mei banyak hari yang kita sambut, hari ibu, hari guru, hari bapa pn ada rasanya bulan nie. Selamat hari ibu, selamat hari guru dan selamat hari bapa. Semoga ibu-ibu, bapa-bapa dan guru-guru semua diberkati Allah s.wt. dan mendapat keredhaanNya dalam kehidupan seharian.

Selamat hari lahir gak kepada Mikhail Zuhair bin Mohd Azril pada 12 Mei 2010 minggu lepas, my lovely and cutely nephew. Dah setahun lebih dah anak sedara aku nie, comel tul and yang pasti xleh nk duduk diam.

huhuhu rindu dah kt zuhair nie dah lama xjumpe...


alalalaaaa....

tgh watper tu??


makan keropok yea.....=)


gigi dah banyak dah....pandai senyum erk..=)

Semoga jadi anak yang baik dan soleh yea....

Monday, April 26, 2010

Treating myself...

Sabtu lepas aku belanja diri sendiri tgk wayang kt cheras selatan...sorang2 huhuhuhuhu just suka2 coz bosan kt rumah xtau nk wat ape

So aku decide nk tgk wayang and release tension slpas bekerja baru je masuk bulan ke 4. Actually fizikal dan mental agak 'penat' and nk amik cuti tp xtau bila sesuai ntuk bercuti dan berehat kt rumah dgn aman.

Then surf internet and survey citer ape yg menarik minggu lepas sebelum muncul iron man 2 hujung minggu ni. Then aku decide tgk citer kick-ass dan date night stret lepas zohor smpi kul 5.30ptg. Seronok gak layan citer masa tgh bosan and tension pastu lehla layan citer tu untuk gelak2 dlm panggung.

Then lepas abis citer date night yg mmng klakar lakonan steve farell and tina fey aku terus decide nk wat marathon pecahkan rekod tgk 3 movies skaligus. Sambung tgk citer losers plak lepas solat asar.Huhuhuhuhuhu sejuk tol dalam panggung, sib baik ada bwk jacket kurangla sejuknya wlpn pakai selipar je hahahaha.

Then lepas maghrib perut rs lapar ingtkn nk treat diri sendiri makan secret recipe tp then decide makan KFC jer...kire okla tu coz dh spend almost rm50 just untuk bermalas-malasan. Kadang2 kita tak terfikir (aku la tu) kita kerja2 rajin2 setiap hari untuk mendapatkan duit then untuk jadi malas and manjakan diri kita sanggup keluar duit. Macam membazirla plak kn, maybe itu lumrah manusia kot nk senang je klu boleh nk lepak je kt rumah, nk tido je sepanjang masa, malas nk bekerja.

Papepn sekali sekala xpe kot asalkan lepas spend masa berehat fizikal and mental kita kembali bersemangat untuk bekerja dngn tekun dan dedikasi demi mendapat rezeki yang halal dan diberkati insyaAllah...=)

Thursday, April 22, 2010

Kursus

Bulan nie je dah dua kali gi kursus tempat yang sama, hutan ayer hitam puchong. Dua-dua kursus mengenai SPK pergh penat giler otak menerima pelbagai ilmu, dah tepu. So much info need to be remembered and apply in work place.

Seronok gak gi kursus nie, tempat plak dalam hutan yang keliling hutan nie dah banyak pembangunan. Tapi still sejuk, nyaman dan sunyi, memang sesuai untuk berehat. Air mandi sejuk tak macam air kt rumah yang sedia panas terus dari paip.

Ramai knkwn dari pelbagai bidang dan fakulti join kursus nie, sebelum ni ada prof, dr gak yang join. Bila berbual dapatla ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi dengan kami semua. Ada yang berguna dan membantu dan ada juga yang tidak sesuai dalam pelbagai aspek kehidupan. So kena la pandai memilih mana yang elok untuk diri sendiri.

Buat apa yang kita minat, so kerja bukan sekadar kerja yang menjadi rutin seharian kita. Sebab bila kita lakukan perkara yang kita minat setiap hari kerja akan jadi mudah dan seronok untuk dilakukan dan mungkin ada menjadi suatu hobi dan passion yang kita akan sentiasa bersemangat untuk terus melakukannya. Betul ker??

Apa-apa pun setiap hari sebelum pergi kerja kena niat kerana Allah s.wt. moga kerja dan kehidupan kita diberkati dan mendapat redhaNya. Yang paling paling penting rezeki yang kita bawa balik adalah rezeki yang halal, insyaAllah (peringatan untuk diri sendiri juga). Moga bermanfaat untuk semua....

Tuesday, March 30, 2010

Couple...

Menarik diperolehi dari facebook....kredit kepada yang post perkara ini

Fatwa: "Couple"

* Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin :

ketika ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya".


* Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin:

ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.


* Syeikh Jibrin:
juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; {Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.} (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

waallahu’alam…

Monday, March 22, 2010

Tabligh..

Aritu ada dua orang tabligh datang rumah, aku pn sambut dan mendengar dakwah yang diorang bawa. Terasa tenang dan seronok mendengar tentang ceriter2 nabi dan perkara yang nabi buat selama lebih kurang 10-11 tahun sebelum adanya ibadat2 lain seperti solat, zakat dsbnya. Perkara tu ialah dakwah, betapa besar dan pentingnya usaha dakwah yang perlu dilaksanakan.

Dulu masa belajar diorang ada datang bilik ke bilik, klu diorang dtg bilik aku, aku akan buka pintu dan ajak masuk serta dengar dengan sebaik mungkin. Sebab tetamu dtg bawa rezeki dan hidayah bila diorang balik akan bawa semua dosa2 dalam bilik/rumah yang kita tinggal. Itu yang aku belajar dulu la.

Golongan tabligh nie xpernah putus asa ajak aku kluar buat kerja dakwah, aku berkali2 menolak dengan memberi azam akan ikut juga suatu ari nnt. Selama 3 tahun belajar tahun akhir aku berjaya kuar 3 hari. Alhamdulilah seronok rasanya bila ikut, hati rasa tenang masa tu bulan puasa. Macam2 perkara baru yang dipelajari dan perkara2 rutin yng biasa dibuat dengan dimulakan dgn doa.

Yang bagusnya golongan tabligh nie diorang sentiasa bersangka baik pada orang2 macam aku ni yang sering kali ada alasan klu diajak kluar 3 ari, 40 ari atau 4 bulan. Diorang xsalahkn kita klu ada yang xnk ikut, apa yang diorang buat, teruskan kerja dakwah dengan istiqamah dan insyaAllah akan ada yang akan terbuka hati untuk mengikutnya kelak.

Bila mendengar kata-kata diorang pentingnya kerja dakwah ini, aku berazam satu ari nnt agar dpt buat kerja nabi ni....dakwah.... insyaAllah


Wednesday, February 10, 2010

Kehilangan

Pernah rasa kehilangan tak? Biasanya kalau kita rasa kehilangan kita pasti akan teringatkan orang tu@benda tu setiap kali terlintas kan. Yang pastinya kita akan rasa rindu pada seseorang yang kita hilang untuk suatu jangka masa yang lama (mungkin seminggu/sebulan/2 bulan dan seterusnya).

Tapi pasti akan dapat lupakan apabila masa berlalu dan akan terkenang semula bila diingatkan atau tiba-tiba teringat. Ada yang akan sedih bila teringat dan ada juga yang kalau boleh tak mahu teringat semula.

Apa yang aku hilang sekarang? Erm sebenarnya bukan aku kehilangan apa-apa buat masa sekarang, cuma rumah sewa kitorang yang sering kehilangan barangan kebelakangan ini. Kalau dahulu hilang kasut, selipar, helmet, maybe baju kalau ada yang hilang.

Yang pasti semua yang ditulis diatas hilang dan tidak akan dapat kembali. Ada sekali tu motor yang hilang, alhamdullilah syukur kepada Allah ditemui semula pada hari itu juga. Memang rezeki halal tu kalau dapat balik (orang tua2 cakapla).

Berbalik kepada kebelakangan ini peristiwa misteri (misterilah sangat) yang telah berlaku di rumah sewa kitorang pasal kehilangan wayar internet milik member. Hilang entah kemana dan tiada seorang makhluk Allah dirumah tu yang mengaku ambil/terambil dsb. Maka terpaksala member ni beli yang baru. Selang beberapa hari muncul semula wayar internet tersebut, dan biasalah tiada yang mengaku memulangkannya.

Kami semua rasa kagum dengan makhluk yang mengambil dan memulangkan semula wayar tersebut. Pelbagai penaakulan yang dibuat mengenai kejadian tersebut ada mengatakan ada yang ambil terlupa pulangkan, ada gak yang cakap tikus yang ambil (tapi xlogik gak sebab wayar tu panjang sgt dan nk pulangkan balik pn impossible sebab xde kesan gigitan pada wayar internet itu). Namun misteri masih belum terungkai kerana tiada yang mengaku, mungkin sipolan sudah terlepas cakap yang dia tak ambil dan tak boleh nak tarik balik kata2nya semula.

Kenapa? Kitorang pun tak tau, pada saya mungkin dia malu nak berterus terang sebab mengapa dia ambil wayar tersebut. Dan yang paling sedih setelah tuan punya member membeli wayar yang baru dengan menggunakan kos sendiri wayar tersebut dipulangkan. Haii lagilah bertambah malu nak cakapkan karang kena soal macam-macam plak. Then takut nnt bila ada barang yang hilang nnt kena tuduh....huhuhuuhu

Panjang dh citer ni leh wat novel nie...hehehe cerpen dl kot sebelum leh wat novel. So citer kehilangan sampai situ je ke (jika ada yang bertanya). Ternyata ada sambungannya, kali ini hilang lagi, kunci solex pagar lak hilang haiiii macam2 la plak yang menimpa kitorang kt rumah sewa tu. Semalam puas cari dan tanya sapa2 yang ada terambil namun hampa, pagi tadi sebelum pergi kerja tengok gak kt tempat kunci tu digantung tapi masih tiada.

Mungkin harini akan cari lagi dan mungkinkah harini kunci tersebut akan muncul kembali?Adakah harapan kunci tersebut muncul kembali???Sama2lah kita nntkan episod seterunya hahahahaha (kalau ada episod seterusnya la kan)

Semoga misteri akan terungkai apabila sipolan bersedia untuk menyatakan kebenarannya (kes wayar internet)......kes kunci masih dalam siasatan =)

Monday, February 8, 2010

................

Lama sangat rasanya blog ni tak ada update terbaru. Banyak meluangkan masa membaca blog kawan-kawan yang sangat menarik. Pelbagai cerita yang disajikan mengenai kehidupan, pengalaman diri dan ada gak menulis tentang fakta2 yang bermanfaat.

Baru je lepas membaca blog Prof. Muhd Kamil, lama dah tak baca blog beliau. Pengalaman yang dikongsi sangat menarik dan semacam menjadi motivasi kepada diri. Terkadang terfikir untuk mencuba melalui pengalaman sebegitu, tapi ilmu yang ada terlalu sedikit.

Sekarang hanya mampu melanjutkan pelajaran hingga ijazah sarjana, keinginan untuk memperolehi ijazah falsafah dengan gelaran Dr mungkin satu perjalanan yang jauh yang sukar untuk ditafsirkan sama ada akan diperolehi atau tidak.

Seringkali terkenang dan teringat saat2 belajar masa degree dahulu, suasana yang dirindui, gelak ketawa bersama rakan sekuliah, masa belajar dan menyiapkan tugasan sungguh menarik. Ditambah bekerja ditempat yang sama pasti akan sentiasa teringat bila melalui jalan2 yang selalu digunakan untuk ke kuliah dan kelas.

Semasa belajar nak sangat cepat2 dapat kerja dan ada duit sendiri. Tapi lepas dah bekerja terasa pula belajar lagi best dan tidak memenatkan. Walaupun sering mengeluh yang belajar memenatkan badan dan otak. Huhuhuhu begitula manusia bila dapat apa yang diingini kadang2 kurang dihargai, namun bila kehilangan baru terasa sesal kerana tidak menghargai sepenuhnya...

Apa2 pun perjalanan masih jauh.....=)