Wednesday, February 10, 2010

Kehilangan

Pernah rasa kehilangan tak? Biasanya kalau kita rasa kehilangan kita pasti akan teringatkan orang tu@benda tu setiap kali terlintas kan. Yang pastinya kita akan rasa rindu pada seseorang yang kita hilang untuk suatu jangka masa yang lama (mungkin seminggu/sebulan/2 bulan dan seterusnya).

Tapi pasti akan dapat lupakan apabila masa berlalu dan akan terkenang semula bila diingatkan atau tiba-tiba teringat. Ada yang akan sedih bila teringat dan ada juga yang kalau boleh tak mahu teringat semula.

Apa yang aku hilang sekarang? Erm sebenarnya bukan aku kehilangan apa-apa buat masa sekarang, cuma rumah sewa kitorang yang sering kehilangan barangan kebelakangan ini. Kalau dahulu hilang kasut, selipar, helmet, maybe baju kalau ada yang hilang.

Yang pasti semua yang ditulis diatas hilang dan tidak akan dapat kembali. Ada sekali tu motor yang hilang, alhamdullilah syukur kepada Allah ditemui semula pada hari itu juga. Memang rezeki halal tu kalau dapat balik (orang tua2 cakapla).

Berbalik kepada kebelakangan ini peristiwa misteri (misterilah sangat) yang telah berlaku di rumah sewa kitorang pasal kehilangan wayar internet milik member. Hilang entah kemana dan tiada seorang makhluk Allah dirumah tu yang mengaku ambil/terambil dsb. Maka terpaksala member ni beli yang baru. Selang beberapa hari muncul semula wayar internet tersebut, dan biasalah tiada yang mengaku memulangkannya.

Kami semua rasa kagum dengan makhluk yang mengambil dan memulangkan semula wayar tersebut. Pelbagai penaakulan yang dibuat mengenai kejadian tersebut ada mengatakan ada yang ambil terlupa pulangkan, ada gak yang cakap tikus yang ambil (tapi xlogik gak sebab wayar tu panjang sgt dan nk pulangkan balik pn impossible sebab xde kesan gigitan pada wayar internet itu). Namun misteri masih belum terungkai kerana tiada yang mengaku, mungkin sipolan sudah terlepas cakap yang dia tak ambil dan tak boleh nak tarik balik kata2nya semula.

Kenapa? Kitorang pun tak tau, pada saya mungkin dia malu nak berterus terang sebab mengapa dia ambil wayar tersebut. Dan yang paling sedih setelah tuan punya member membeli wayar yang baru dengan menggunakan kos sendiri wayar tersebut dipulangkan. Haii lagilah bertambah malu nak cakapkan karang kena soal macam-macam plak. Then takut nnt bila ada barang yang hilang nnt kena tuduh....huhuhuuhu

Panjang dh citer ni leh wat novel nie...hehehe cerpen dl kot sebelum leh wat novel. So citer kehilangan sampai situ je ke (jika ada yang bertanya). Ternyata ada sambungannya, kali ini hilang lagi, kunci solex pagar lak hilang haiiii macam2 la plak yang menimpa kitorang kt rumah sewa tu. Semalam puas cari dan tanya sapa2 yang ada terambil namun hampa, pagi tadi sebelum pergi kerja tengok gak kt tempat kunci tu digantung tapi masih tiada.

Mungkin harini akan cari lagi dan mungkinkah harini kunci tersebut akan muncul kembali?Adakah harapan kunci tersebut muncul kembali???Sama2lah kita nntkan episod seterunya hahahahaha (kalau ada episod seterusnya la kan)

Semoga misteri akan terungkai apabila sipolan bersedia untuk menyatakan kebenarannya (kes wayar internet)......kes kunci masih dalam siasatan =)

Monday, February 8, 2010

................

Lama sangat rasanya blog ni tak ada update terbaru. Banyak meluangkan masa membaca blog kawan-kawan yang sangat menarik. Pelbagai cerita yang disajikan mengenai kehidupan, pengalaman diri dan ada gak menulis tentang fakta2 yang bermanfaat.

Baru je lepas membaca blog Prof. Muhd Kamil, lama dah tak baca blog beliau. Pengalaman yang dikongsi sangat menarik dan semacam menjadi motivasi kepada diri. Terkadang terfikir untuk mencuba melalui pengalaman sebegitu, tapi ilmu yang ada terlalu sedikit.

Sekarang hanya mampu melanjutkan pelajaran hingga ijazah sarjana, keinginan untuk memperolehi ijazah falsafah dengan gelaran Dr mungkin satu perjalanan yang jauh yang sukar untuk ditafsirkan sama ada akan diperolehi atau tidak.

Seringkali terkenang dan teringat saat2 belajar masa degree dahulu, suasana yang dirindui, gelak ketawa bersama rakan sekuliah, masa belajar dan menyiapkan tugasan sungguh menarik. Ditambah bekerja ditempat yang sama pasti akan sentiasa teringat bila melalui jalan2 yang selalu digunakan untuk ke kuliah dan kelas.

Semasa belajar nak sangat cepat2 dapat kerja dan ada duit sendiri. Tapi lepas dah bekerja terasa pula belajar lagi best dan tidak memenatkan. Walaupun sering mengeluh yang belajar memenatkan badan dan otak. Huhuhuhu begitula manusia bila dapat apa yang diingini kadang2 kurang dihargai, namun bila kehilangan baru terasa sesal kerana tidak menghargai sepenuhnya...

Apa2 pun perjalanan masih jauh.....=)

Thursday, January 21, 2010

Kerja

Kerja di tempat baru macam2 kerenah yang kita akan hadapi, aku baru je kerja di tempat baru, baru tak baru sangatla sebab bangunan lama....heheehe. Lagipun memang dah selalu gi tempat nie cume yang barunya bidang kerja kita je.

Banyak kena belajar lagi, tentang pengurusan diri dan kerja yang hendak dilaksanakan. Kerja sekarang sudah kurang penyelidikan takde lagi dah wat eksperimen yang dari dulu menjadi 'hobi', hehehe hobi kerrrr.....=)

Pengalaman kerja yang baru lebih kepada pengurusan yang memerlukan kesabaran dan cara merancang, mengurus dan yang pasti kena sentiasa tahu untuk menyelesaikan masalah dengan cepat.

Sangat2 berharap dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sentiasa bersemangat setiap hari gi kerja dan akan jadi kerja yang disukai untuk dilakukan. Penat memang penat dari segi fizikal dan mental. Dua2 penat hampir setiap hari balik dari kerja akan tidur awal dan bangun awal bersiap2 untuk ke tempat kerja. Semangat baru la kata kan insyaAllah moga segalanya berjalan dengan baik dan lancar.

Banyak tanggungjawab yang kena pikul tapi itu semua dianggap sebagai satu cabaran untuk diri supaya akan dapat jadi lebih matang dan berpengalaman dalam sesuatu perkara atau bidang. Pada awalnya banyak perkara yang tak tau nasib baik ada senior yang banyak memberi tunjuk ajar, alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar.

Kepada kedua ibu bapa, bakal m....., kwn2 yang byk membantu dan mendoakan terima kasih banyak2...

Thursday, January 7, 2010

Tahun Baru

Tahun baru, aku xsambut pn just baca doa akhir tahun dan awal tahun sempena tahun baru hijrah aritu.

Tahun baru, keje baru kena ada semangat baru tp rs cm same jer. Still ada gak wat benda2 yg sama mcm tahun sebelumnya.

Azam baru?? Ada ke?? azam aku nk kurang melakukan dosa kot huhuhuhu mampu ke?? nafsu sering menguasai diri?? betul ke ayat tu ke kita yg xtau nk kawal diri sendiri then ikut je apa yg diinginkan HATI dan PERASAAN follow the leader (nafsu la tu kot)

Sering nk salahkn benda lain sedangkan diri sendiri yg xnk berubah ish3x cmner tu?? Erm tepuk dada tanya iman, iman oooo imaaaaan di manakah kamu wahai iman. Moga iman masih ada di dalam diri ini aminnn.


Tuesday, December 22, 2009

Nikmat sakit....

Minggu lepas sakit dada, mula2 ingatkan kejap je tapi melarat sampai ke malam. Urut2 gak dada sambil selawat tp still xreda gak. Nak bernafas susah sgt, tarik nafas tapi xlepas abis, xpuas betul bernafas masa tu. Tarik nafas tp rs sakit kt dada menekan2 sgt.

Kebetulan malam tu ada bola lak Malaysia lawan Laos, dlm menahan sakit still tgk bola, bila nk dekat gol je terus menjerit, pergh menekan terus dada rs sakit, tp still senyum and berlagak ok lg.

Then lepas abis bola terus ready ntuk tido, dada dh rs berat sgt, malam tu bad become worst depan and belakang rasa sakit bila nk bernafas and nk gerak pn rs sakit. Sebelum tido mengucap dl takut2 xbngn esok.

Pagi bangun dgn ssh payah gi ambil wuduk and solat subuh and smbng tido balik harap2 akan kurangla. Tido pn xselesa xleh byk gerak sgt coz dada akan rs sakit and menekan. Bangun kul 10 lebih rs kurang dh, alhamdulilah then atas nasihat bonda terus gi klinik gak wlpn malas giler nk gerak.

Then lepas examination dr Dr kt klinik tu dia xsuspect sakit jantung sebab xde history sakit jantung just mayb suspect nk kena lelah, haish xpenah kena tetibe nk kena lak. Dr tu ckp lelah xsemestinya kena masa umur 5 tahun. Then baru terfikir, cara hidup yg xsihat selama 4 bulan lebih xkeje asyik ddk kt rumah and xbersukan langsung.

Dapatla bekalan ubat sakit dada and ubat batuk, coz masa batuk and bersinla yg paling xnk kena masa tu sbb dada bagai mengecut bila batuk and bersin. Pergh rs macm dh tua la plak,hehehe dl mcm2 leh wat badan rs ok je skrng nie kena jaga kesihatan. Sedikit demi sedikit nikmat telah ditarik, tp still bersyukur sebab dpt rs nikmat sakit ni at least Allah still ingat kt kite.

Skrng dh kembali sihat dan bersyukur sgt sebab diberi peluang ntuk memperbaiki diri dan meneruskan hidup.....moga ada keberkatan dalam hidup ini aminnn

Monday, December 14, 2009

Four Months

Its have been 4 months....

feel a bit tired....

put a lot of think bout something....

had a good and bad thing happpen in my current life right now....

but really enjoy with the happy things which i accept from people care bout me....

thinking of getting married tp xcukup wit lg hehehehe....

dream must me achieve and i will make it comes true....insyaAllah =)

Tuesday, December 1, 2009

Interview

Semalam dapat panggilan interview pegawai sains, kul 9 pg then hari ni ready2 dlm kul 840 bertolak dari rumah naik motor.

Sampai dlm kul 850 then terus gi ke tempat interview and tunggu sebelum bermula. Ada 3 orang je calon termasuk aku.

Interview dlm 40 minit, lama gak la borak pasal skop keje dan skop diri sndiri. Kontrak je status tu tp mcm nk serap tetap.

So far xtau leh dpt ke x maybe or may not, its ok....looking forward for next post if no luck for me there..=)