Friday, April 25, 2008

CINTA....

Semalam baru selesai baca komik feel 100%, erm lama giler nk tunggu satu keluaran kena tunggu sampai 1 tahun tu. Feel 100% last episode akhirnya keluar gak, just cume 16 naskah je kena tunggu sampai bertahun ntuk episode seterusnya...komik nie dibuat pada tahun 1992 and last komik tahun ni 2008 erm genap 16 tahun ntuk 16 komik...

Kisah 2 orang sahabat baik mencintai seorang perempuan erm mmng cliche pn ceriternye tp jalan ceriter agak menarik...erm xyahla citer kt sini nnt panjang sgt lak huhuhuhu

Ada part yg menarik kt last muka surat psl dewa, kepercayaan orng kot citernyer:

Dewa cinta telah mencipta satu anak kunci untuk membuka pintu cinta sejati. Tapi, dewa lain yang tidak pernah mengecapi perasaan bercinta tidak mahu orang lain mendapatknnya.

Dalam rundingan menyembunyikan kunci itu, timbul banyak sekali percanggahan pendapat. Ada pihak yang percaya patut disembunyikan di dalam laut, ada pula yang mahu ia disimpan di dalam bukit yang terpencil, ada pula yang mahu disimpan di bulan.

Tapi mereka juga tahu, tidak kira disimpan di mana, manusia pasti akan sampi ke situ.

Akhirnya, dewa kreatif yang paling pintar mencadangkan supaya kunci itu disimpan di dalam hati manusia. Para dewa sebulat suara menyetujui cadangan itu. Kerana mereka tahu, tempat itu adalah tempat di mana manusia tidak akan pergi lihat dan cari.

Erm agak menarik kisahnya huhuhu citer dongeng je tu, yang pastinya cinta memang benda yang dicari manusia cuma masa yang menentukan bila cinta akan muncul atau pencarian untuk mencari cinta akan bermula... kalau umur semakin meningkat kena mula mencari ke?? hahaha persoalan yang semua orang tahu...

Yang pasti cinta yang satu mesti didahulukan cinta pada Allah, seterusnya cinta pada Rasul, cinta kepada kedua ibu bapa, cinta pada keluarga dan seterusnya...

Untuk mencari teman hidup yang sesuai dengan kite bukan mudah..tapi kalau inginkan pasti kite akan berusahakan…manusia memang begitu mencari yang terbaik…

Biarlah cinta itu datang kerana Allah, teman seumur hidup (insyaAllah) akan sentiasa membahagiakan, kerana apa-apa yang dilakukan kerana Allah pasti endingnya baik, ikhlaskan hati kerana Allah s.w.t insyaAllah semuanya pasti berjalan dengan lancar…

Moral: Biarlah bercinta keranaNya...
P/s: Sentiasalah mengingati Allah dalam apa jua perbuatan..

No comments: