Thursday, May 28, 2009

Sampai Syurga...

Kumembenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Tgh pening tulis paper xsiap2...
Last2 dengar lagu and paste je la lirik kt sini
Best gak la lagu nie
Cume betul ke akan sampai syurga????
Erm.....ssh tu nak jawab
Layan je la lagu nie sebelum post baru
Harap2 dpt tulis pkr yg menarik ntuk dikongsi
Kongsi?? Erm ada benda leh kongsi ada yg xleh
Tapi yg xleh tu yg naaak sgt tulis kt blog nie
Haaaiiiii.....cmner nk wat tu?
Wait and see....

Tuesday, May 12, 2009

Ikan emas


Hari pertama menjejakkan kaki di tanah medan, kami semua bertemu dengan sumardi atau lebih dikenali sebagai ah beng. Beliau la yang menjadi pemandu pelancong kami di sana. Kami terus dipelawa menaiki bus yang telah sedia menunggu untuk terus ke Parapat, Danau Toba. Dalam perjalanan ke sana kami diperdengarkan dongeng kisah cerita rakyat yang popular. Kisah ikan emas berwarna emas dan ikan emas berwarna hitam(ada ke ikan emas warna hitam??) hish2x pelik2 la, nama pn cerita dongengkn.


Kisahnyer terdapat seorang lelaki yang sebatang kara tinggal berhampiran dengan tasik toba (danau toba la tu kot), setiap hari seperti kebiasaan lelaki ini akan turun ke tasik untuk memancing ikan. Setelah dapat ikan dia akan bawa balik, masak dan makan seorang diri. Begitulah setiap hari aktivit lelaki ini, namun pada suatu hari ketika memancing, pancingnyer dimakan seekor ikan emas yang besar. Lelaki ini bawa balik dan ingin memasaknyer, tapi membatalkan niat tersebut dan menyimpan ikan itu di dalam kolah. Dia bercadang untuk membahagi-bahagikan ikan emas yang besar tersebut dengan orang kampung pada keesokan harinya.

Keesokan harinya semasa ingin mengambil ikan yang berada dalam kolah, lelaki itu berasa pelik kerana di dapur seperti ada orang yang memasak. Seorang perempuan yang cantik sedang memasak, lelaki itu terkejut, perempuan itu mengatakan bahawa dia adalah ikan emas yang telah menjelma menjadi manusia dan ingin menjadi isteri lelaki itu. Terpegun lelaki tersebut kerana jika ingin berkahwin seeorang lelaki mesti mempunyai sekurang2nya seekor kerbau. Lelaki ini tersangat miskin dan tak mampu untuk memiliki hatta seekor kambing pn.


Dia sangat gembira dan bersetuju untuk berkawin, tapi syarat perempuan tersebut ialah tidak memberitahu pada sesiapa pn tentang asal usulnyer. Lelaki tersebut bersetuju dan mereka berkawin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Kehidupan lelaki tersebut bertambah baik dan dia mula bercucuk tanam untuk menyara keluarganhya. Setiap hari, si isteri akan membawa makanan untuk suaminya pada waktu tengahari, nasi berlaukkan ikan emas.

Rutin itu dilakukan setiap hari sehingga si anak besar dan tahu untuk pergi sendiri untuk menghantarkan makanan kepada bapanya. Si isteri telah memanggil anaknya dan menyuruhnya menghantar makanan kepada bapanya yang sedang berkerja pada waktu tengahari. Si anak bersetuju dan berangkat bersama2 makanan yang mengandungi ikan emas. Dalam perjalana si anak bertemu dengan sekumpulan kanak2 yang sedang bermain. Dia berasa seronok dan ingin menyertai mereka bermain. Mereka bermain hingga melewati waktu tengahari dan hingga ke petang.


Setelah petang barula si anak teringat akan makanan yang perlu dihantar kepada bapanya. Tetapi perut si anak terlalu lapar dan dia makan sebahagian makanan yang ada dalam bungkusan tersebut. Seterusnya dia meneruskan perjalanan dan memberikan makanan kepada bapanya. Bapanya terkejut melihat makanan tengaharinya sangat ringan dan setelah membukanya dia merasa marah kerana makanan tersebut adalah sisa2 makanan. Lalu dia memarahi si anak hingga terlepas kata yang si anak berasal dari ikan.

Si anak terperanjat dan berlari balik dan bertemu ibunya dan bertanya tentang kebenaran kata2 bapanya. Si ibu merasa sedih dan keluar dari rumah menuju ke tasik toba dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas keemasan. Manakala si anak melihat ibunya terjun dia pn terjun dan berukar menjadi ikan emas hitam. Si bapa yang menyesal akan keterlanjuran kata segera pulang namun sudah terlambat dan menyesal akan katanya. Dia pn terus ke tasik dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas hitam.

Hai begitula ceritanyer yang diceritkan oleh ah beng kepada kami, nk tergelak pn ada. Walaupn cerita dongeng orang2 di sekitar tasik toba ini akan membawa ikan emas yang digoreng dan 3 gantang beras (rasanyer kot ingat2 lupe nie) dan diberikan kepada keluarga yang mengadakan kenduri perkahwinan. Dh jadi adat diorang dh sekarang nie......pastu si ah beng sambung lg dengan citer dongeng yang lain plak....lain kali la ek sambung


Saturday, May 9, 2009

Medan



Sebelum berlepas ke angkasa lepas tukang taip (penaip) bersama sebahagian teman di KLCC..eh silap KLIA



Disebabkan penaip pertama kali menjejakkn kaki di dalam kapal yg mampu terbang ini mcm tau2 aje tempat duduknyer di tepi tingkap (whoa lawanyer awan..sudah jakun sedikit)



Hanya 45-55 minit sahaje penerbangannyer anda sudah mampu melihat rumah2 di bawah itu, ya betul itu rumah ya bukan kotak2....=)



Akhirnya kami berjaya sampai dgn selamat alhamdulillah...teman penaip bergambar dihadapan airport medan bersama kereta barunyer dgn no. bertuah 19....hihi



Seterusnyer kami teruskn perjalanan ke parapat, danau toba dgn menaik bas selama kira2 5 ke 6 jam, penatnyer Tuhan sahaja yg tau. jalannyer bersimpang siur, berlopak2 macam naik kereta kuda daaaa



Sebahagian permandangan di lake toba






Inilah petanyer lake toba kt tgh2 tu pulau samosir where our nightmare begins......
Entry kali ni hanya ntuk memaparkan gambar&pemandangan yg menarik, kisahnyer perjalanan hidup 6 orang sahabat akan diceritakn kemudian ya..















Rasa macam nak terjun, tapi takut tenggelam..







Danau Toba..



Air yang paling berani..air terjun



Kawasan penginapan Belanda di zaman jajahan beliau



Kuda ku lari gagah berani...



Kuda ku malas lari takutkan anjing..aku yang cabut lari...



Pekan Berastagi



Ni la sebahagian gambar2nyer insyaAllah dari semasa ke semasa akan ada pertambahan....enjoy the pictures...=)