Tuesday, May 12, 2009

Ikan emas


Hari pertama menjejakkan kaki di tanah medan, kami semua bertemu dengan sumardi atau lebih dikenali sebagai ah beng. Beliau la yang menjadi pemandu pelancong kami di sana. Kami terus dipelawa menaiki bus yang telah sedia menunggu untuk terus ke Parapat, Danau Toba. Dalam perjalanan ke sana kami diperdengarkan dongeng kisah cerita rakyat yang popular. Kisah ikan emas berwarna emas dan ikan emas berwarna hitam(ada ke ikan emas warna hitam??) hish2x pelik2 la, nama pn cerita dongengkn.


Kisahnyer terdapat seorang lelaki yang sebatang kara tinggal berhampiran dengan tasik toba (danau toba la tu kot), setiap hari seperti kebiasaan lelaki ini akan turun ke tasik untuk memancing ikan. Setelah dapat ikan dia akan bawa balik, masak dan makan seorang diri. Begitulah setiap hari aktivit lelaki ini, namun pada suatu hari ketika memancing, pancingnyer dimakan seekor ikan emas yang besar. Lelaki ini bawa balik dan ingin memasaknyer, tapi membatalkan niat tersebut dan menyimpan ikan itu di dalam kolah. Dia bercadang untuk membahagi-bahagikan ikan emas yang besar tersebut dengan orang kampung pada keesokan harinya.

Keesokan harinya semasa ingin mengambil ikan yang berada dalam kolah, lelaki itu berasa pelik kerana di dapur seperti ada orang yang memasak. Seorang perempuan yang cantik sedang memasak, lelaki itu terkejut, perempuan itu mengatakan bahawa dia adalah ikan emas yang telah menjelma menjadi manusia dan ingin menjadi isteri lelaki itu. Terpegun lelaki tersebut kerana jika ingin berkahwin seeorang lelaki mesti mempunyai sekurang2nya seekor kerbau. Lelaki ini tersangat miskin dan tak mampu untuk memiliki hatta seekor kambing pn.


Dia sangat gembira dan bersetuju untuk berkawin, tapi syarat perempuan tersebut ialah tidak memberitahu pada sesiapa pn tentang asal usulnyer. Lelaki tersebut bersetuju dan mereka berkawin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Kehidupan lelaki tersebut bertambah baik dan dia mula bercucuk tanam untuk menyara keluarganhya. Setiap hari, si isteri akan membawa makanan untuk suaminya pada waktu tengahari, nasi berlaukkan ikan emas.

Rutin itu dilakukan setiap hari sehingga si anak besar dan tahu untuk pergi sendiri untuk menghantarkan makanan kepada bapanya. Si isteri telah memanggil anaknya dan menyuruhnya menghantar makanan kepada bapanya yang sedang berkerja pada waktu tengahari. Si anak bersetuju dan berangkat bersama2 makanan yang mengandungi ikan emas. Dalam perjalana si anak bertemu dengan sekumpulan kanak2 yang sedang bermain. Dia berasa seronok dan ingin menyertai mereka bermain. Mereka bermain hingga melewati waktu tengahari dan hingga ke petang.


Setelah petang barula si anak teringat akan makanan yang perlu dihantar kepada bapanya. Tetapi perut si anak terlalu lapar dan dia makan sebahagian makanan yang ada dalam bungkusan tersebut. Seterusnya dia meneruskan perjalanan dan memberikan makanan kepada bapanya. Bapanya terkejut melihat makanan tengaharinya sangat ringan dan setelah membukanya dia merasa marah kerana makanan tersebut adalah sisa2 makanan. Lalu dia memarahi si anak hingga terlepas kata yang si anak berasal dari ikan.

Si anak terperanjat dan berlari balik dan bertemu ibunya dan bertanya tentang kebenaran kata2 bapanya. Si ibu merasa sedih dan keluar dari rumah menuju ke tasik toba dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas keemasan. Manakala si anak melihat ibunya terjun dia pn terjun dan berukar menjadi ikan emas hitam. Si bapa yang menyesal akan keterlanjuran kata segera pulang namun sudah terlambat dan menyesal akan katanya. Dia pn terus ke tasik dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas hitam.

Hai begitula ceritanyer yang diceritkan oleh ah beng kepada kami, nk tergelak pn ada. Walaupn cerita dongeng orang2 di sekitar tasik toba ini akan membawa ikan emas yang digoreng dan 3 gantang beras (rasanyer kot ingat2 lupe nie) dan diberikan kepada keluarga yang mengadakan kenduri perkahwinan. Dh jadi adat diorang dh sekarang nie......pastu si ah beng sambung lg dengan citer dongeng yang lain plak....lain kali la ek sambung


7 comments:

Makcu said...

wadoh2 ke medan ya pak..
laa ingatkan bapak btukar jadi pancing emas kaa.. joran emass kaa..senang nak capai anak bini balik hehhee..khurafatt sguhh hehhe

azman said...
This comment has been removed by the author.
siput sedut said...

hehe.. bukan ke bapak dia jadi dugong ke bila terjun... tu crite makcik sebelah umah aku laa..

azman said...

Laaa ye ke jadi dugong xtau plak maybe ah beng salah citer kot hehehehe, tp dia dh lama dh jadi tourist guide....ceriter yang jadi dugong tu maybe leh diragui...hihihi anyway citer pn dongengkn, mana ada kebenarannyer (ssh nk buktikan)..

kak chah said...

maaf nk mcelah sket...x kisah la nak jd ikan emas hitam atau dugong,yg pting moral of the story nyer,jangan cakap lepas kalau terlalu marah macamane sekalipun...
Apa pun gambar2nya chantiq bangat!!!!

azman said...

Kak chah:
Tul tu kak chah...saya lupe lak nk stresskn part moral dari citer tu....hehehe

Makcu said...

ait takdelaaa sambung sgt... sambng rezki jee... Alhamdulillah..