Tuesday, March 30, 2010

Couple...

Menarik diperolehi dari facebook....kredit kepada yang post perkara ini

Fatwa: "Couple"

* Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin :

ketika ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya".


* Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin:

ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.


* Syeikh Jibrin:
juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; {Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.} (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

waallahu’alam…

Monday, March 22, 2010

Tabligh..

Aritu ada dua orang tabligh datang rumah, aku pn sambut dan mendengar dakwah yang diorang bawa. Terasa tenang dan seronok mendengar tentang ceriter2 nabi dan perkara yang nabi buat selama lebih kurang 10-11 tahun sebelum adanya ibadat2 lain seperti solat, zakat dsbnya. Perkara tu ialah dakwah, betapa besar dan pentingnya usaha dakwah yang perlu dilaksanakan.

Dulu masa belajar diorang ada datang bilik ke bilik, klu diorang dtg bilik aku, aku akan buka pintu dan ajak masuk serta dengar dengan sebaik mungkin. Sebab tetamu dtg bawa rezeki dan hidayah bila diorang balik akan bawa semua dosa2 dalam bilik/rumah yang kita tinggal. Itu yang aku belajar dulu la.

Golongan tabligh nie xpernah putus asa ajak aku kluar buat kerja dakwah, aku berkali2 menolak dengan memberi azam akan ikut juga suatu ari nnt. Selama 3 tahun belajar tahun akhir aku berjaya kuar 3 hari. Alhamdulilah seronok rasanya bila ikut, hati rasa tenang masa tu bulan puasa. Macam2 perkara baru yang dipelajari dan perkara2 rutin yng biasa dibuat dengan dimulakan dgn doa.

Yang bagusnya golongan tabligh nie diorang sentiasa bersangka baik pada orang2 macam aku ni yang sering kali ada alasan klu diajak kluar 3 ari, 40 ari atau 4 bulan. Diorang xsalahkn kita klu ada yang xnk ikut, apa yang diorang buat, teruskan kerja dakwah dengan istiqamah dan insyaAllah akan ada yang akan terbuka hati untuk mengikutnya kelak.

Bila mendengar kata-kata diorang pentingnya kerja dakwah ini, aku berazam satu ari nnt agar dpt buat kerja nabi ni....dakwah.... insyaAllah