Monday, March 22, 2010

Tabligh..

Aritu ada dua orang tabligh datang rumah, aku pn sambut dan mendengar dakwah yang diorang bawa. Terasa tenang dan seronok mendengar tentang ceriter2 nabi dan perkara yang nabi buat selama lebih kurang 10-11 tahun sebelum adanya ibadat2 lain seperti solat, zakat dsbnya. Perkara tu ialah dakwah, betapa besar dan pentingnya usaha dakwah yang perlu dilaksanakan.

Dulu masa belajar diorang ada datang bilik ke bilik, klu diorang dtg bilik aku, aku akan buka pintu dan ajak masuk serta dengar dengan sebaik mungkin. Sebab tetamu dtg bawa rezeki dan hidayah bila diorang balik akan bawa semua dosa2 dalam bilik/rumah yang kita tinggal. Itu yang aku belajar dulu la.

Golongan tabligh nie xpernah putus asa ajak aku kluar buat kerja dakwah, aku berkali2 menolak dengan memberi azam akan ikut juga suatu ari nnt. Selama 3 tahun belajar tahun akhir aku berjaya kuar 3 hari. Alhamdulilah seronok rasanya bila ikut, hati rasa tenang masa tu bulan puasa. Macam2 perkara baru yang dipelajari dan perkara2 rutin yng biasa dibuat dengan dimulakan dgn doa.

Yang bagusnya golongan tabligh nie diorang sentiasa bersangka baik pada orang2 macam aku ni yang sering kali ada alasan klu diajak kluar 3 ari, 40 ari atau 4 bulan. Diorang xsalahkn kita klu ada yang xnk ikut, apa yang diorang buat, teruskan kerja dakwah dengan istiqamah dan insyaAllah akan ada yang akan terbuka hati untuk mengikutnya kelak.

Bila mendengar kata-kata diorang pentingnya kerja dakwah ini, aku berazam satu ari nnt agar dpt buat kerja nabi ni....dakwah.... insyaAllah


5 comments:

Unknown said...

bagus man teruskan niat yang baik tuh!

juhaedi said...

luruskan niat,jangan tunda niatbaik,ini perkara iman perkara yang besar,jangan tunggu hari esok,mungkin esok kita tak ada didunia ini lagi.

Anonymous said...

Membersihkan niat dalam beramal semata2 kerana Allah,menghidupkan segala tentang agama,mentarbiahkan diri dan seumpamanya..itulah yang dituntut agama,kena mantapkan rohani dan jasmani niat yg baik akan terjurus juga.

Iftitu

fiezaradzi said...

alhamdulillah.. itulah sebaiknya, bersangka baik..berdakwah selagi termampu.. ingtan utk diri sendiri gak..

hafizmd said...

thanks man utk entri ni..secara tak langung entri sebegini ni dah jadi satu dakwah..alhamdulillah..