Friday, October 30, 2009

Keje...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah, cume kadang2 kite yg terlalu ambil mudah sampai keje yg sepatutnyer leh siap 2 minggu last2 kena minta lagi 2 minggu nk kena antar...hehehe

Itula manusia kot (aku la tu), sekarang tgh tunggu tesis dr examiner (chairman) yg dgr citer ada kt sarawak sekarang klu xsilap tu yg dia cakap masa jumpe rabu lepas. So kena tunggula tesis kesayangan tu isnin kot....huhuhuhuu selasa dh nk kena antar kt GSO haii...lewat la lagi.

Then lepas call person in charge thesis tadi dia ckp leh nk antar lewat smpi jumaat depan, tp klu nk cantik sertakan surat lanjutan tempoh penghantaran tesis tu. Sebabnya sekrang dh ada ISO...huhu padan muka sendiri wat keje last minit.

Aritu jumpe chairman pn ckp u all nie suke wat keje last minit, then aku lak gatal2 jawab last2 minit baru rajin heheheehe. Ni la akibatnyer...

Erm sekrang nie masih tanam anggur, semalam bakti dtng jemput dtg kenduri kawen dia kt kapar 8/11/09, kelmarin amra dtg jemput dia kawen 22/11/09 (klu xsilap). Ramai dh kwn2 ms bljar biotek kt upm dh kawen....aku bila lagi ek???

Kawen???erm kena cari keje tetap dl dan cari ilmu ttng kehidupan dl baru leh kawen kot....rsnyer kena jadi matang lg, kena upgrade cara berfikir, kena upgrade ilmu agama, kena upgrade PR lg, kebelakangan ni rsnyer byk sgt wat salah rsnyer....mulut, otak dan hati sering xsehaluan...

Bak kata Dr Fadzilah Kamsah kite kena maafkan semua orang sebelum tido.....aku maafkan ke? klu gune ayat nie mungkin terlalu stereotype agaknyer; aku dh lama maafkan kau, ayat kt filem@drama kt tv tu, selalu digunapakai berulang2 kali. Rasa mcm xlogik bila tgk citer kt tv, orang boleh maafkan orang lain lepas segala keperitan,kesusahan, kesedihan dan ke... ke... yg lain. Mungkin dia mmng dh lama maafkan....yea aku pn dh lama maafkan insyaAllah.

So kena kembali fokus pada keje dan settlekan satu2 sebelum mendapat pekerjaan yg baru...aminnn

Wednesday, October 28, 2009

Catcheye.....

Jom join jika berminat.....anda boleh klik disini tentang catcheye. Sedang menyiapkan thesis....

Saturday, October 10, 2009

Survey...

Semalam baru je sign up untuk satu website yg ada wat survey kt internet
Atas nasihat seorang kawan yg dh go through and baca kesahihan web nie
Aku pn tryla sign up and wat survey2 yg ada kt situ
Ada macam2 survey kt situ ada yg berbayar dan ada yg free
So aku try yg berbayar dl then baru try yg free
So far senang je survey dia, survey pasal barangan yg kite beli, yg kite gune dsbnye
Menarik gakla..so aku pn letak link kt blog nie yg ada kt sebelah kiri nie
Pada sape yg nk try leh la try free je...youthsays.com and minisiteforwp.com

Tuesday, October 6, 2009

Unemployed....

The exact word for me now hehehehehe
But still i have work to settle down...
My lovely thesis need to be done as soon as possible
But the BIG problems is MALAS...
Very typical words to many people
But it is seems very close to me....hahaha
My true 'fren' that always with me....aaaaaaaaarrrgghhhhh
I really have to CHANGE.....really no excuse anymore
As my lovely B....A said the real life is there..hereafter
Hopefully i will make a move and get a job
First i have to finish what i have started....send my thesis!!!
Pray for me and for ourselves toooo....=)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya....

Entri yang ringkas sahaja untuk memohon kemaafan
Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang...aminn
Kepada semua pembaca blog ini maaf andai ada entri yang menyingggung perasaan dan entri yang tidak berkenan di hati
Terima kasih kepada yang meluangkan masa membaca dan memberi komen
Selamat Hari Raya.....Maaf Zahir dan Batin...
Wasalam....

Thursday, August 27, 2009

Masak-masak....masakler

Its been a long time since i pen my thoughts about something happened around me and respond to any kind of daily life.....

Ramadhan datang lagi syukur alhamdulillah kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berada di dalam bulan yang mulia lagi barakah ini. Rutin seharian yang biasa dilakukan; bangun sahur, berpuasa, beli makanan di bazar ramadhan dan berbuka di rumah sewa yang telah 4 tahun diduduki bersama teman2 seperjuangan.

Tahun ni lain sket sebab H1N1 melanda aku tidak menjejakikan kaki lagi ke bazar ramadhan walaupun sudah masuk hari 6 hari berpuasa, sebabnya malas nak bersesak2 dan mengurangkan pahala puasa.

So aku pn ambil keputusan untuk beli je makanan kat kedai2 yang berdekatan yang buka lebih senang dan selamat insyaAllah. Erm dah 3 hari dah masak makanan sendiri sebelum berbuka, masak bujang je, boleh la ada gak la rasa cume kuah je xde..hehehe

Hari pertama masak telur dadar campak2 bawang and ikan bilis, masak ayam drumet beli kat carefour and masak sambal ikan bilis and last but not least masak nasi manually....hehehe nasi agak hangit sket kt bahagian bawah tapi kt atas ok je leh makan xmentah.

Hari kedua masak telur mata masak kicap lak tapi kurang kicapnyer sebab terletak banyak sangat sos cili plak, saje je letak ape yg ada kt dapur tu bg variety sket (variety ker...hehehe) bantai je masak asalkan leh makan and sedap. Nasi dah start masak gune rice cooker (terima kasih kepada yang meminjamkan rice cooker tu ek..really appriciate it)

Hari ketiga dah start malas nk masak lauk dah nk beli je tapi masak ayam drumet gak coz just nk beli tempe goreng kt kedai je, favorite tu tempe goreng hehehe walaupun bukan orang jawa.....then decide xnak makan nasi putih, nak masak nasi yang ada rasa plak. Beli planta, bawang putih dan bawang merah tu je beli nak masak simple je. Balik je lepas solat terus kupas bawang merah sambil pedih mata dan bawang putih then hiris2 dan tumbuk sampai hancur (dah macam chef dh aku kt dapur hehehe perasan je lebih). Pastu terus panaskan bekas periuk rice cooker kt stove and masukkan planta, lepas cair je palnta tu terus aku masukkan bawang2 yang dah hancur tu. Pergh bau dia naik cukup sedap then aku masukkan nasi yang dh siap2 basuh and terus je bawak kt tempat rice cooker and onkn. Simple je aritu....hehehehe (terima kasih gak kepada yang mengajar cara nk masak nasi tu)

Tapi bila tunggu bau semerbak harum memenuhi ruang rumah bujang kitorang, kawan2 balik cakap bau ape yang sedap nie....hehehe dengan penuh rendah diri (rendah diri ker...=-p) aku claim arini masak nasi planta je....okla ada gak improvement kat diri ni dari asyik membeli je xde kemajuan langsung. At least kalau masak sendiri adala sket pengalaman nk masak dikemudian hari...insyaAllah.

Hari ni xtau lagi nak masak ke x.....maybe masak kot hehe subject to change. Kla selamat meneruskan puasa, berterawih dan qiamualail yer kawan2 sume....Salam ramadhan

Sunday, July 26, 2009

Sekufu

Sekufu....pertanyaan dari seorang ibu makna sekufu...tiada jawapan yang dapat diberikan kerana memang tak tahu maknanya dan kepentingan sekufu sebelum berkahwin.

Ilmu didada yang ternyata kurang memang tidak layak untuk memberi pendapat tentang sekufu. Maka entri kali ini lebih kepada maklumat dari sumber yang diperolehi dari internet.

`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'.

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.

Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.

Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)

Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu.

Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

`Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir.

``Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.

``Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

``Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga'

Menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.

Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya.

Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini. Semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting.

Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.

Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya.

Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua.

Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a.

Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba.

Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai.

Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka.

ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.''

Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Maklumat yang sedikit ini diperolehi dari http://www.pengantin.com.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=41

Diharap maklumat ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada diri ini dan kepada yang membaca blog ini. Mencari pasangan yang sepadan dengan kita bukan mudah tapi still kena berusaha moga Allah swt. mempertemukan pasangan hidup yang sesuai dan sepadan seperti yang sudah tertulis di Luf Mahfuz Aminnn. Moga kebahagiaan rumah tangga berkekalan bukan hanya ke akhir hayat tapi hingga di sana kelak. Menjadi pasangan di dunia dan di akhirat (syurga) InsyaAllah...Marilah kita bersama berusaha menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah.....