Salam untuk blog sendiri...start hari ni byk betul blog cover pasal minyak, tp aku malas nk tulis pasal kenaikan minyak secara detail. Aku pn xtau mcm mana seorang pemimpin negara pengeluar minyak spt Malaysia nie boleh membuat keputusan yg ternyata kurang popular untuk diterima dan ditelan oleh rakyat.
Benar harga minyak dipasaran terus meningkat tetapi pasti ada jalan penyelesaian yg lebih baik di mana rakyat dan kerajaan mendapat kebaikan bersama. Pasti ada cara yg lebih memberi manfaat jika difikirkan bersama dlm menangani masalah yg merunsingkn kepala ini. Pakar ekonomi, penganalisis ekonomi, penasihat Perdana Menteri atau siapa saja yg memimpin negara ini...sudah tiada jalan penyelesaian yg situasinyer menang menang (win win situation) untuk dinikmati bersama?
Diharap pemimpn negara yg tercinta ini dpt memikirkn masalah yg bakal timbul dan perlu dihadapi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan, semoga lagu Malaysiaku gemilang benar2 memberi kegemilangan kepada rakyatnyer bukan sekadar untuk halwa telinga yg sedap didengar sahaja....diharap begitula hendaknya.
Malaysiaku Gemilang, Merdekanya Terbilang, Berdaulat dan Makmur, berjaya kami syukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment