Wednesday, February 10, 2010

Kehilangan

Pernah rasa kehilangan tak? Biasanya kalau kita rasa kehilangan kita pasti akan teringatkan orang tu@benda tu setiap kali terlintas kan. Yang pastinya kita akan rasa rindu pada seseorang yang kita hilang untuk suatu jangka masa yang lama (mungkin seminggu/sebulan/2 bulan dan seterusnya).

Tapi pasti akan dapat lupakan apabila masa berlalu dan akan terkenang semula bila diingatkan atau tiba-tiba teringat. Ada yang akan sedih bila teringat dan ada juga yang kalau boleh tak mahu teringat semula.

Apa yang aku hilang sekarang? Erm sebenarnya bukan aku kehilangan apa-apa buat masa sekarang, cuma rumah sewa kitorang yang sering kehilangan barangan kebelakangan ini. Kalau dahulu hilang kasut, selipar, helmet, maybe baju kalau ada yang hilang.

Yang pasti semua yang ditulis diatas hilang dan tidak akan dapat kembali. Ada sekali tu motor yang hilang, alhamdullilah syukur kepada Allah ditemui semula pada hari itu juga. Memang rezeki halal tu kalau dapat balik (orang tua2 cakapla).

Berbalik kepada kebelakangan ini peristiwa misteri (misterilah sangat) yang telah berlaku di rumah sewa kitorang pasal kehilangan wayar internet milik member. Hilang entah kemana dan tiada seorang makhluk Allah dirumah tu yang mengaku ambil/terambil dsb. Maka terpaksala member ni beli yang baru. Selang beberapa hari muncul semula wayar internet tersebut, dan biasalah tiada yang mengaku memulangkannya.

Kami semua rasa kagum dengan makhluk yang mengambil dan memulangkan semula wayar tersebut. Pelbagai penaakulan yang dibuat mengenai kejadian tersebut ada mengatakan ada yang ambil terlupa pulangkan, ada gak yang cakap tikus yang ambil (tapi xlogik gak sebab wayar tu panjang sgt dan nk pulangkan balik pn impossible sebab xde kesan gigitan pada wayar internet itu). Namun misteri masih belum terungkai kerana tiada yang mengaku, mungkin sipolan sudah terlepas cakap yang dia tak ambil dan tak boleh nak tarik balik kata2nya semula.

Kenapa? Kitorang pun tak tau, pada saya mungkin dia malu nak berterus terang sebab mengapa dia ambil wayar tersebut. Dan yang paling sedih setelah tuan punya member membeli wayar yang baru dengan menggunakan kos sendiri wayar tersebut dipulangkan. Haii lagilah bertambah malu nak cakapkan karang kena soal macam-macam plak. Then takut nnt bila ada barang yang hilang nnt kena tuduh....huhuhuuhu

Panjang dh citer ni leh wat novel nie...hehehe cerpen dl kot sebelum leh wat novel. So citer kehilangan sampai situ je ke (jika ada yang bertanya). Ternyata ada sambungannya, kali ini hilang lagi, kunci solex pagar lak hilang haiiii macam2 la plak yang menimpa kitorang kt rumah sewa tu. Semalam puas cari dan tanya sapa2 yang ada terambil namun hampa, pagi tadi sebelum pergi kerja tengok gak kt tempat kunci tu digantung tapi masih tiada.

Mungkin harini akan cari lagi dan mungkinkah harini kunci tersebut akan muncul kembali?Adakah harapan kunci tersebut muncul kembali???Sama2lah kita nntkan episod seterunya hahahahaha (kalau ada episod seterusnya la kan)

Semoga misteri akan terungkai apabila sipolan bersedia untuk menyatakan kebenarannya (kes wayar internet)......kes kunci masih dalam siasatan =)

Monday, February 8, 2010

................

Lama sangat rasanya blog ni tak ada update terbaru. Banyak meluangkan masa membaca blog kawan-kawan yang sangat menarik. Pelbagai cerita yang disajikan mengenai kehidupan, pengalaman diri dan ada gak menulis tentang fakta2 yang bermanfaat.

Baru je lepas membaca blog Prof. Muhd Kamil, lama dah tak baca blog beliau. Pengalaman yang dikongsi sangat menarik dan semacam menjadi motivasi kepada diri. Terkadang terfikir untuk mencuba melalui pengalaman sebegitu, tapi ilmu yang ada terlalu sedikit.

Sekarang hanya mampu melanjutkan pelajaran hingga ijazah sarjana, keinginan untuk memperolehi ijazah falsafah dengan gelaran Dr mungkin satu perjalanan yang jauh yang sukar untuk ditafsirkan sama ada akan diperolehi atau tidak.

Seringkali terkenang dan teringat saat2 belajar masa degree dahulu, suasana yang dirindui, gelak ketawa bersama rakan sekuliah, masa belajar dan menyiapkan tugasan sungguh menarik. Ditambah bekerja ditempat yang sama pasti akan sentiasa teringat bila melalui jalan2 yang selalu digunakan untuk ke kuliah dan kelas.

Semasa belajar nak sangat cepat2 dapat kerja dan ada duit sendiri. Tapi lepas dah bekerja terasa pula belajar lagi best dan tidak memenatkan. Walaupun sering mengeluh yang belajar memenatkan badan dan otak. Huhuhuhu begitula manusia bila dapat apa yang diingini kadang2 kurang dihargai, namun bila kehilangan baru terasa sesal kerana tidak menghargai sepenuhnya...

Apa2 pun perjalanan masih jauh.....=)