Tuesday, February 26, 2008

Fikir sejenak..

Saya sering ingin menulis kisah sendiri yang dramatik tetapi sering ketandusan idea dan tiada masa (kurang pandai mengurus masa rasanya hehe), lebih tepat lagi cerita yang menarik dan memberi pengajaran bukan sekadar cerita sendiri tapi cerita yang direka sebagai analogi kepada pengalaman yang dilalui. Itu yang selalu ingin dipaparkan dalam blog ini tapi seringkali gagal untuk melaksanakanya, mungkin malas atau lebih tepat lagi terlalu banyak benda yang menarik minat di internet yang memerlukan masa yang panjang untuk diberi perhatian.

Kebiasaannya begitulah setiap hari, hangat-hangat tahi ayam merujuk kepada keinginan yang seringkali tidak berjaya dilaksanakan. Erm hari ini sekali lagi cerita inspirasi yang menjadi titik permulaan pengumpulan beberapa kisah yang sungguh signifikan dan menarik dari surat khabar menjadi isi yang memenuhi ruang blog ini. Kisah ini sungguh menarik banyak pengajaran yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir dan yang pasti pernahkah kita terfikir perkara yang begini akan kita lalui. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya....

Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang lelaki biasa. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya.

Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis berasa sangat tidak selesa.

Tiba-tiba si lelaki memanggil seorang pelayan. "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin masukkan ke dalam kopi saya." Semua orang memandang keanehan. Mukanya mendadak menjadi merah tetapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam ke dalam kopi serta meminum kopinya.

Si gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya: "Kebiasaanmu sangat aneh." Jawab pemuda: "Saat aku masih kecil, aku tinggal berhampiran laut. Aku sangat suka bermain-main di laut di mana aku dapat merasakan laut. Masin dan pahit. Sama seperti kopi ini. Sekarang, setiap kali aku minum kopi masin, aku sangat merindukan kedua-dua orang tuaku yang masih tinggal di sana." jawabnya sambil air mata bergenang di kelopak matanya.

Gadis berasa begitu terharu. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian si gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya… Itu merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalinkan hubungan. Kesimpulannya, dia adalah lelaki budiman yang hampir sahaja dia terlepas pandang begitu sahaja.

Pemuda dan gadis itu akhirnya mendirikan rumah tangga. Setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, suaminya itu meninggal dunia. Dia turut meninggalkan sepucuk surat untuk isterinya.

Begini bunyinya: “Sayangku, maafkan pembohonganku selama ini, satu-satunya kebohonganku padamu – tentang kopi masin. Kamu ingatkn saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak pernah menyangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita.

“Aku telah beberapa kali cuba mengatakan hal sebenarnya kepadamu tetapi aku begitu takut untuk melakukannya kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apa pun darimu. Sekarang, saat kau membaca surat ini, aku telah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan. Bahawa sebenarnya, aku tidak pernah menyukai kopi yang masin.

“Namun sayangku, sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagian terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup buat kali kedua, aku tetap akan brusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekalu lagi.”

Sambil membaca, air matanya bercucuran deras membasahi surat itu. Pada suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, “Bagaimana rasa kopi masin?” Si isteri pasti menjawab, “Rasanya begitu manis sekali.”

Moralnya: Kadang-kadang, anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tetapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi

Kisah Kopi masin yang manis ini dipetik dari Luahan bersama Putri Mingguan Malaysia.

Moral: Pengalaman banyak memberi pengajaran..
P/s: Harus lebih berani menyatakan....

Thursday, February 21, 2008

Take 5 minutes

What will you do in 5 minutes for a break? Some people will take a rest, go to toilet, get fresh air and many more.

Why 5 minutes? Why not more than that? Maybe 5 minutes are enough to refresh human body, get clear in the mind and anything else. If more than that maybe we will be not focus to the things we are doing before....Is that true? I do not know hahaha (I think it is time to stop because I have been using more than 5 minutes!!)

Morale:........
P/s:......

Monday, February 18, 2008

Sebuah kisah inspirasi - Aku amat menyintainya, sungguh!

Tok imam sudah hampir selesai membacakn doa pd majlis pengebumian itu. Tiba2 lelaki tua b’umur 78 tahun berseru dgn nada sedih. “Aduh. Aduh, betapa besarnya cintaku kepadanya.” Rupa2nya, dia ialah suami kepada wanita yg baru sahaja dturunkn ke liang lahad itu.Sudah 50 tahun lamanya mereka berkongsi hidup. Keluh kesahnya itu terasa mengganggu ketenangan upacara yg b’lngsung khusyuk itu. Para anggota keluarga & teman2 yg b’diri di sekeliling nampak kaget & kekok kerana dia yg seolah-olah tidak dpt mengawal diri.Anak2 mereka yg semuanya sudah dewasa, berusaha untuk menenangknnya. “Sudahlah ayah, kami faham bagaimana perasaan ayah. Bersabarlah.” Lelaki tua itu menatap keranda yg perlahan2 dikambus dgn tanah sementara imam memulakan talkin.Setelah selesai, sanak keluarga dipersila menaburkn tanah & bunga di atas kuburan sbg tanda bahawa maut merupakn akhir yg pasti. Hadirin secara bergilir2 melakukn kecuali lelaki tua yg meratap hiba tadi.“Aduh, aku sgt menyintainya!” keluhnya lagi dgn suara keras. Ketiga2 orng anaknya berusaha lg untuk mntenteramknnya tetapi ia kelihatan semakin sedih dan tertekan. “Aku amat menyintainya, sungguh!” Dan ketika para pelawat mulai bganjak pergi, lelaki itu tetap shj b’lutut di smping pusara isterinya yg merah.Imam menghampirinya: “Saya tau bagaimana perasaan anda tetapi kini sudah waktunya pergi. Kita semua harus bersurai dari sini dan meneruskn kehidupn kita.“Imam, betapa besarnya cintaku kepadanya,” keluh lelaki malang itu dgn sedih.“Anda tidak mengerti. Saya pernah sekali hendak mengucapkn kepadanya.”Kelemahan terbesar dr kebanyakn manusia adalah keseganan untuk menyatakan betapa mereka menyayangi insan2 yg terdekat dgn kita sewaktu mereka masih hidup.Sama2lah kita memikirknnya....
Dipetik dari luahan rasa bersama Putri Mingguan Malaysia
Moral: Luahkan sebelum terlambat...
P/s: Yakin dengan diri sendiri.

Tuesday, February 12, 2008

vacation

i had 5 days holiday back to my place (my parents place), after sending my first draft thesis i decide to rest for a while. its really good and feel great being with my family, having fun with my brothers, my sisters, my cousins, my uncles and my aunties. making jokes with each others, spending a lot of time playing PS2, gave a helping hand to my uncle's wedding. i feel like a big family and it should be like that...in every a happy story lies a sorrow which i thought it should not be happen at the first place. a sibling relationships should remains forever and should not break no matter what happen...yet i still do not know the main problems and i do hope and still hoping there is always a light at the end of the tunnel.....i pray to Allah, everythings will be fine...insyaAllah

morale: keep the relationship tighten
p/s: to me and to all be a good person and always do the good deeds..insyaAllah

Tuesday, February 5, 2008

Mimpi...

Betul ke mimpi bawa petanda? Erm kalau mimpi mempengaruhi hidup macam mana nak teruskn di dunia yang nyata??? Boleh ke mempercayai mimpi? Kalau benda yang baik ok la kalau benda yang mengarut macam mana pulak tu??? Erm senang cakap mimpi mainan tidur habis cerita, sebab nak percaya pada mimpi nanti lain pulak jadinya!! Apa2 pun biarlah mimpi tinggal mimpi saje…hehehe anggaplah masa tidur tak basuh kaki dan tak baca doa….=)

Moral: Moga mimpi indah.
P/s:Baca doa sebelum tidur.

Friday, February 1, 2008

Think POSITIVE!!!!!

I have said it to one of my friend about this, think positive, why? because if we do think positive there is always a space for us to improve ourselves in many ways...that what i am thinking (for sure that from my point of view). From my experiences it will make us feel good, mature and know how to deal with something in the future which make us feel uncomfortable.

I do not know how other people dealing with their uncomfortable things or their problems, but as far as i concern i do believe they will feel good and relieve if the problems had been solved! They had faced the problems and gain experiences, then what think positive is all about? It is simple we will think rasionally, face the problems as an opportunity to enhance our capability in something related to us, then our life became more meaningful...You are what you think. You feel what you want

Morale: It is good to be yourselves but it is the best to be the better yourselves (CHANGE for a BETTER person)
P/s: Reminder for me and for all the readers....