Saya sering ingin menulis kisah sendiri yang dramatik tetapi sering ketandusan idea dan tiada masa (kurang pandai mengurus masa rasanya hehe), lebih tepat lagi cerita yang menarik dan memberi pengajaran bukan sekadar cerita sendiri tapi cerita yang direka sebagai analogi kepada pengalaman yang dilalui. Itu yang selalu ingin dipaparkan dalam blog ini tapi seringkali gagal untuk melaksanakanya, mungkin malas atau lebih tepat lagi terlalu banyak benda yang menarik minat di internet yang memerlukan masa yang panjang untuk diberi perhatian.
Kebiasaannya begitulah setiap hari, hangat-hangat tahi ayam merujuk kepada keinginan yang seringkali tidak berjaya dilaksanakan. Erm hari ini sekali lagi cerita inspirasi yang menjadi titik permulaan pengumpulan beberapa kisah yang sungguh signifikan dan menarik dari surat khabar menjadi isi yang memenuhi ruang blog ini. Kisah ini sungguh menarik banyak pengajaran yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir dan yang pasti pernahkah kita terfikir perkara yang begini akan kita lalui. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya....
Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang lelaki biasa. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya.
Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis berasa sangat tidak selesa.
Tiba-tiba si lelaki memanggil seorang pelayan. "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin masukkan ke dalam kopi saya." Semua orang memandang keanehan. Mukanya mendadak menjadi merah tetapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam ke dalam kopi serta meminum kopinya.
Si gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya: "Kebiasaanmu sangat aneh." Jawab pemuda: "Saat aku masih kecil, aku tinggal berhampiran laut. Aku sangat suka bermain-main di laut di mana aku dapat merasakan laut. Masin dan pahit. Sama seperti kopi ini. Sekarang, setiap kali aku minum kopi masin, aku sangat merindukan kedua-dua orang tuaku yang masih tinggal di sana." jawabnya sambil air mata bergenang di kelopak matanya.
Gadis berasa begitu terharu. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian si gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya… Itu merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalinkan hubungan. Kesimpulannya, dia adalah lelaki budiman yang hampir sahaja dia terlepas pandang begitu sahaja.
Pemuda dan gadis itu akhirnya mendirikan rumah tangga. Setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, suaminya itu meninggal dunia. Dia turut meninggalkan sepucuk surat untuk isterinya.
Begini bunyinya: “Sayangku, maafkan pembohonganku selama ini, satu-satunya kebohonganku padamu – tentang kopi masin. Kamu ingatkn saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak pernah menyangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita.
“Aku telah beberapa kali cuba mengatakan hal sebenarnya kepadamu tetapi aku begitu takut untuk melakukannya kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apa pun darimu. Sekarang, saat kau membaca surat ini, aku telah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan. Bahawa sebenarnya, aku tidak pernah menyukai kopi yang masin.
“Namun sayangku, sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagian terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup buat kali kedua, aku tetap akan brusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekalu lagi.”
Sambil membaca, air matanya bercucuran deras membasahi surat itu. Pada suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, “Bagaimana rasa kopi masin?” Si isteri pasti menjawab, “Rasanya begitu manis sekali.”
Moralnya: Kadang-kadang, anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tetapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi
Kisah Kopi masin yang manis ini dipetik dari Luahan bersama Putri Mingguan Malaysia.
Moral: Pengalaman banyak memberi pengajaran..

P/s: Harus lebih berani menyatakan....
2 comments:
diharap azman dapat menguatkan semangat untuk menulis di blog..
kisah kopi ni menarik... macam mana agaknya rasa kopi masin kan..
saya pn xpernah lg minum kopi yg masin mungkin ingin mencuba 1 hari nnt...harap2 begitu la semangat sering hilang hehe
Post a Comment