Tuesday, December 22, 2009

Nikmat sakit....

Minggu lepas sakit dada, mula2 ingatkan kejap je tapi melarat sampai ke malam. Urut2 gak dada sambil selawat tp still xreda gak. Nak bernafas susah sgt, tarik nafas tapi xlepas abis, xpuas betul bernafas masa tu. Tarik nafas tp rs sakit kt dada menekan2 sgt.

Kebetulan malam tu ada bola lak Malaysia lawan Laos, dlm menahan sakit still tgk bola, bila nk dekat gol je terus menjerit, pergh menekan terus dada rs sakit, tp still senyum and berlagak ok lg.

Then lepas abis bola terus ready ntuk tido, dada dh rs berat sgt, malam tu bad become worst depan and belakang rasa sakit bila nk bernafas and nk gerak pn rs sakit. Sebelum tido mengucap dl takut2 xbngn esok.

Pagi bangun dgn ssh payah gi ambil wuduk and solat subuh and smbng tido balik harap2 akan kurangla. Tido pn xselesa xleh byk gerak sgt coz dada akan rs sakit and menekan. Bangun kul 10 lebih rs kurang dh, alhamdulilah then atas nasihat bonda terus gi klinik gak wlpn malas giler nk gerak.

Then lepas examination dr Dr kt klinik tu dia xsuspect sakit jantung sebab xde history sakit jantung just mayb suspect nk kena lelah, haish xpenah kena tetibe nk kena lak. Dr tu ckp lelah xsemestinya kena masa umur 5 tahun. Then baru terfikir, cara hidup yg xsihat selama 4 bulan lebih xkeje asyik ddk kt rumah and xbersukan langsung.

Dapatla bekalan ubat sakit dada and ubat batuk, coz masa batuk and bersinla yg paling xnk kena masa tu sbb dada bagai mengecut bila batuk and bersin. Pergh rs macm dh tua la plak,hehehe dl mcm2 leh wat badan rs ok je skrng nie kena jaga kesihatan. Sedikit demi sedikit nikmat telah ditarik, tp still bersyukur sebab dpt rs nikmat sakit ni at least Allah still ingat kt kite.

Skrng dh kembali sihat dan bersyukur sgt sebab diberi peluang ntuk memperbaiki diri dan meneruskan hidup.....moga ada keberkatan dalam hidup ini aminnn

Monday, December 14, 2009

Four Months

Its have been 4 months....

feel a bit tired....

put a lot of think bout something....

had a good and bad thing happpen in my current life right now....

but really enjoy with the happy things which i accept from people care bout me....

thinking of getting married tp xcukup wit lg hehehehe....

dream must me achieve and i will make it comes true....insyaAllah =)

Tuesday, December 1, 2009

Interview

Semalam dapat panggilan interview pegawai sains, kul 9 pg then hari ni ready2 dlm kul 840 bertolak dari rumah naik motor.

Sampai dlm kul 850 then terus gi ke tempat interview and tunggu sebelum bermula. Ada 3 orang je calon termasuk aku.

Interview dlm 40 minit, lama gak la borak pasal skop keje dan skop diri sndiri. Kontrak je status tu tp mcm nk serap tetap.

So far xtau leh dpt ke x maybe or may not, its ok....looking forward for next post if no luck for me there..=)

Saturday, November 21, 2009

Hari Raya Haji...

Selamat hari raya ieduladha kepada semua knkwn yang berkesempatan singgah ke blog ini, moga kite semua mempunyai peluang memenuhi rukun islam yg ke lima ini satu hari nnt...insyaAllah aminn

Manfaatkanla cuti sekolah dan cuti sempena hari raya ini dengan perkara2 yg berfaedah (pesanan pada diri sendiri juga)

Monday, November 16, 2009

Rutin..

Setiap hari rutin yang hampir sama....

Aritu tgh lepak2 kt ruang tamu sambil tgk tv kt tv3 ada la plak rncgn masquarade dr jepun. Kreatif sungguh diorang wat benda2 cmtu, pastu iklan la plak tgh best2 tgk, kuar iklan donlod ringtone ntuk hp lagu mila jika kau ubah fikiran, best la plak bila dgr, tp xdonlodla sbb hp pn capuk je hehehe...

Jumaat lepas installkn kawannyer laptop dgn antivirus kaspersky yg dia beli, sambil2 tgk muzik2 separuh akhir, then adala plak lagu khatimah cinta (lebih dikenali dgn lagu kacip fatimah bercinta hehehe klu dl la kt lab lama)

Alhamdulilah segalanyer dipermudahkan Allah,arini 16/11/09 antar tesis ke GSO dlm hujan renyai2, tp basah gakla baju and seluar. Dl masa antar 5 copy tesis kt GSO pn hujan gak. Hai nmpknyer nnt nk ambil tesis ntuk wat hard bound hujan gak kot. Dah la helmet letak kt motor masa hujan lebat, abis basah terus helmet..skrng tgh keringkn dlm dryer ehehehehe

Skrng agak free, mmngla free dh xkeje kn so kena fokus wat paper plak harap2 ada semngt nk siapkan. Sambil2 wat bisness kecik2 nie, moga dimurahkan rezeki...insyaAllah

Last exam rsnyer arini...moga semuanyer selamat dan berjaya dapt result yg gempak...aminnn =)

So masa ntuk promote sapa2 yg berminat nk beli antivirus kaspersky pada harga yg berpatutan lehla contact k, dan baju muslimah leh klik kt sebelah kiri nie k, no contact ada kt entry sebelum nie....till next time

Thursday, November 12, 2009

Update...

Kepada yang berminat unutk membeli baju muslimah leh klik kt banner sebelah kiri nie

Kepada yang memerlukan antivirus untuk komputer atau laptop sy ada menjual antivirus kaspersky 2010, single user, 1 year subscriptions

no contact - 012-6635648 / 013-2720539

Siapakah Qarin...

Dapat email dari seorang kawan tentang qarin...rs menarik and nk kongsi kt sini...harap memberi manfaat.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.


Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Semoga kita sentiasa mengingati Allah dan tidak mengikut hati dan perasaan dalam kehidupan seharian....

Friday, November 6, 2009

Start jual...

Semalam ada permintaan.....tp still xdpt memenuhi smpi skrng nie dh dkt kul 4 dh nie..kelmarin barang dh smpi tp masih lum laku satu lagi pn.

Takpe adat nk menjual nie kena bersabar nnt dh laku insyaAllah orang dtg sndiri, xperlu ssh nk cari lagi....insyaAllah

Tapi sebelum tu kena usaha lebih dl peringkat awal nie, xleh hangat2 tahi ayam je nnt semua xjadi.

Keje kena wat gak, menulis kena jalan gak, tesis kena siapkan jugaaaaakkk.

Wednesday, November 4, 2009

Sekadar ingin berkongsi ilmu....

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT??

Beramal selalu..
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. 'wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.

Sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat....

Tuesday, November 3, 2009

Now or never.....

Its time for me to move on, its have been too much time i already wasted with my such bad behavior......

I already 26 yet i still have nothing to proud of, shame on me!!! Maybe i took many things for granted in my life.

May Allah forgive me.......

Friday, October 30, 2009

Keje...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah, cume kadang2 kite yg terlalu ambil mudah sampai keje yg sepatutnyer leh siap 2 minggu last2 kena minta lagi 2 minggu nk kena antar...hehehe

Itula manusia kot (aku la tu), sekarang tgh tunggu tesis dr examiner (chairman) yg dgr citer ada kt sarawak sekarang klu xsilap tu yg dia cakap masa jumpe rabu lepas. So kena tunggula tesis kesayangan tu isnin kot....huhuhuhuu selasa dh nk kena antar kt GSO haii...lewat la lagi.

Then lepas call person in charge thesis tadi dia ckp leh nk antar lewat smpi jumaat depan, tp klu nk cantik sertakan surat lanjutan tempoh penghantaran tesis tu. Sebabnya sekrang dh ada ISO...huhu padan muka sendiri wat keje last minit.

Aritu jumpe chairman pn ckp u all nie suke wat keje last minit, then aku lak gatal2 jawab last2 minit baru rajin heheheehe. Ni la akibatnyer...

Erm sekrang nie masih tanam anggur, semalam bakti dtng jemput dtg kenduri kawen dia kt kapar 8/11/09, kelmarin amra dtg jemput dia kawen 22/11/09 (klu xsilap). Ramai dh kwn2 ms bljar biotek kt upm dh kawen....aku bila lagi ek???

Kawen???erm kena cari keje tetap dl dan cari ilmu ttng kehidupan dl baru leh kawen kot....rsnyer kena jadi matang lg, kena upgrade cara berfikir, kena upgrade ilmu agama, kena upgrade PR lg, kebelakangan ni rsnyer byk sgt wat salah rsnyer....mulut, otak dan hati sering xsehaluan...

Bak kata Dr Fadzilah Kamsah kite kena maafkan semua orang sebelum tido.....aku maafkan ke? klu gune ayat nie mungkin terlalu stereotype agaknyer; aku dh lama maafkan kau, ayat kt filem@drama kt tv tu, selalu digunapakai berulang2 kali. Rasa mcm xlogik bila tgk citer kt tv, orang boleh maafkan orang lain lepas segala keperitan,kesusahan, kesedihan dan ke... ke... yg lain. Mungkin dia mmng dh lama maafkan....yea aku pn dh lama maafkan insyaAllah.

So kena kembali fokus pada keje dan settlekan satu2 sebelum mendapat pekerjaan yg baru...aminnn

Wednesday, October 28, 2009

Catcheye.....

Jom join jika berminat.....anda boleh klik disini tentang catcheye. Sedang menyiapkan thesis....

Saturday, October 10, 2009

Survey...

Semalam baru je sign up untuk satu website yg ada wat survey kt internet
Atas nasihat seorang kawan yg dh go through and baca kesahihan web nie
Aku pn tryla sign up and wat survey2 yg ada kt situ
Ada macam2 survey kt situ ada yg berbayar dan ada yg free
So aku try yg berbayar dl then baru try yg free
So far senang je survey dia, survey pasal barangan yg kite beli, yg kite gune dsbnye
Menarik gakla..so aku pn letak link kt blog nie yg ada kt sebelah kiri nie
Pada sape yg nk try leh la try free je...youthsays.com and minisiteforwp.com

Tuesday, October 6, 2009

Unemployed....

The exact word for me now hehehehehe
But still i have work to settle down...
My lovely thesis need to be done as soon as possible
But the BIG problems is MALAS...
Very typical words to many people
But it is seems very close to me....hahaha
My true 'fren' that always with me....aaaaaaaaarrrgghhhhh
I really have to CHANGE.....really no excuse anymore
As my lovely B....A said the real life is there..hereafter
Hopefully i will make a move and get a job
First i have to finish what i have started....send my thesis!!!
Pray for me and for ourselves toooo....=)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya....

Entri yang ringkas sahaja untuk memohon kemaafan
Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang...aminn
Kepada semua pembaca blog ini maaf andai ada entri yang menyingggung perasaan dan entri yang tidak berkenan di hati
Terima kasih kepada yang meluangkan masa membaca dan memberi komen
Selamat Hari Raya.....Maaf Zahir dan Batin...
Wasalam....

Thursday, August 27, 2009

Masak-masak....masakler

Its been a long time since i pen my thoughts about something happened around me and respond to any kind of daily life.....

Ramadhan datang lagi syukur alhamdulillah kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berada di dalam bulan yang mulia lagi barakah ini. Rutin seharian yang biasa dilakukan; bangun sahur, berpuasa, beli makanan di bazar ramadhan dan berbuka di rumah sewa yang telah 4 tahun diduduki bersama teman2 seperjuangan.

Tahun ni lain sket sebab H1N1 melanda aku tidak menjejakikan kaki lagi ke bazar ramadhan walaupun sudah masuk hari 6 hari berpuasa, sebabnya malas nak bersesak2 dan mengurangkan pahala puasa.

So aku pn ambil keputusan untuk beli je makanan kat kedai2 yang berdekatan yang buka lebih senang dan selamat insyaAllah. Erm dah 3 hari dah masak makanan sendiri sebelum berbuka, masak bujang je, boleh la ada gak la rasa cume kuah je xde..hehehe

Hari pertama masak telur dadar campak2 bawang and ikan bilis, masak ayam drumet beli kat carefour and masak sambal ikan bilis and last but not least masak nasi manually....hehehe nasi agak hangit sket kt bahagian bawah tapi kt atas ok je leh makan xmentah.

Hari kedua masak telur mata masak kicap lak tapi kurang kicapnyer sebab terletak banyak sangat sos cili plak, saje je letak ape yg ada kt dapur tu bg variety sket (variety ker...hehehe) bantai je masak asalkan leh makan and sedap. Nasi dah start masak gune rice cooker (terima kasih kepada yang meminjamkan rice cooker tu ek..really appriciate it)

Hari ketiga dah start malas nk masak lauk dah nk beli je tapi masak ayam drumet gak coz just nk beli tempe goreng kt kedai je, favorite tu tempe goreng hehehe walaupun bukan orang jawa.....then decide xnak makan nasi putih, nak masak nasi yang ada rasa plak. Beli planta, bawang putih dan bawang merah tu je beli nak masak simple je. Balik je lepas solat terus kupas bawang merah sambil pedih mata dan bawang putih then hiris2 dan tumbuk sampai hancur (dah macam chef dh aku kt dapur hehehe perasan je lebih). Pastu terus panaskan bekas periuk rice cooker kt stove and masukkan planta, lepas cair je palnta tu terus aku masukkan bawang2 yang dah hancur tu. Pergh bau dia naik cukup sedap then aku masukkan nasi yang dh siap2 basuh and terus je bawak kt tempat rice cooker and onkn. Simple je aritu....hehehehe (terima kasih gak kepada yang mengajar cara nk masak nasi tu)

Tapi bila tunggu bau semerbak harum memenuhi ruang rumah bujang kitorang, kawan2 balik cakap bau ape yang sedap nie....hehehe dengan penuh rendah diri (rendah diri ker...=-p) aku claim arini masak nasi planta je....okla ada gak improvement kat diri ni dari asyik membeli je xde kemajuan langsung. At least kalau masak sendiri adala sket pengalaman nk masak dikemudian hari...insyaAllah.

Hari ni xtau lagi nak masak ke x.....maybe masak kot hehe subject to change. Kla selamat meneruskan puasa, berterawih dan qiamualail yer kawan2 sume....Salam ramadhan

Sunday, July 26, 2009

Sekufu

Sekufu....pertanyaan dari seorang ibu makna sekufu...tiada jawapan yang dapat diberikan kerana memang tak tahu maknanya dan kepentingan sekufu sebelum berkahwin.

Ilmu didada yang ternyata kurang memang tidak layak untuk memberi pendapat tentang sekufu. Maka entri kali ini lebih kepada maklumat dari sumber yang diperolehi dari internet.

`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'.

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.

Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.

Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)

Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu.

Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

`Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir.

``Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.

``Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

``Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga'

Menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.

Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya.

Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini. Semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting.

Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.

Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya.

Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua.

Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a.

Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba.

Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai.

Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka.

ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.''

Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Maklumat yang sedikit ini diperolehi dari http://www.pengantin.com.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=41

Diharap maklumat ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada diri ini dan kepada yang membaca blog ini. Mencari pasangan yang sepadan dengan kita bukan mudah tapi still kena berusaha moga Allah swt. mempertemukan pasangan hidup yang sesuai dan sepadan seperti yang sudah tertulis di Luf Mahfuz Aminnn. Moga kebahagiaan rumah tangga berkekalan bukan hanya ke akhir hayat tapi hingga di sana kelak. Menjadi pasangan di dunia dan di akhirat (syurga) InsyaAllah...Marilah kita bersama berusaha menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah.....






Thursday, July 16, 2009

Award???

Erm tadi masa bc blog kak fiza yang banyak sgt info tu tetibe dia ada wat tg la plak....erm wlpn xberapa selalu balas tag yg knkwn slalu wat kat kite tp kali nie sbb dah xde keje sgt and xde idea nk tulis ape kt blog yg dh lama sgt xupdate nie. So tryla wat benda nie....



1. Link/ceritakan kembali siapa yang beri award ini kepada anda:
Kak fiza yang bagi award nie, blog dia memang selalu sgt update byk giler maklumat sama je dengan blog apis. Bekerja keras dua-dua nie update blog ek, bgs2 siap ada wat bisnes lagi.....emm bila la leh wat cm diorang nie rajin dan bersemangat

2. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri ok bukan hobi orang lain hehehe sebelum memilih penerima award seterusnya.


1. Nama Mohd Azman Ahmad dl masa kecik parents nk letak Mohd Azlan tp dengar ceritanya letak Mohd Azman sempena nama allahyarham moyang namanyer Seman, klu xsilapla so dptlah Azman

2. Umur 26 tahun dah pergh dh tua dh aku nie rupenyer ish3x dh kena kawen nie Nabi pn kawen masa 25 tahun erm terlepas sunnah nie...

3. Handsome la gak aku nie (hahahaha perasan nie) tp setiap ciptaan Allah memang sempurna kire yang sempurna itu cantik dan lawa so aku nie kirenya handsome la gak (promo2, diri sndiri hehehe)

4. Erm aku nie pendiam sket tp bila dah kenal leh borak ape je yg leh masuk telinga and kadang2 kwn2 ckp aku nie kelakar...kelakar ker?????perasan lg nie...ingat nk masuk Raja Lawak la musim depan mana tau jadi juara dpt duit leh kawen hehehe leh support knkwn yg nk sgt kawen tp xde duit (pinjamkn duit dl nnt jgn lupe byr blk =-p)

5. Sekarang wat master tp xsettle lagi dh hampir 5 tahun dh wat master pergh lama giler wat master mcm wat PhD la plak...erm nie sbb selalu menangguh keje la nie smpi jd cmnie haiiii apela aku nie malas tul (kena buang penyakit malas nie cepat nnt ssh nk dpt keje)

6. Masih single lagi and sedang mencari colan-colan yang sesuai dengan diri ini yg serba kekurangan ini(promo diri lg nie hehehehe =-)) mcm2 kurang nie kurang duit, kurang tinggi dsb hehehe....moga bertemu jodoh satu hari nnt Aminnn....sempat lg aku nie

7. Sedang mencari keje tetap sapa2 yang ada makl. keje kosong kt tempat keje diorang maklum2kn la ek (nie kira fakta pasal diri sndiri ke ni hehehe hampir xde idea nie)

8. Teringin sgt nk ke Mekah menunaikan haji bersama keluarga especially nk bawak abah dengan mama sbb rs bertanggungjawab bawak diorang yg dh menjaga dan mendidik sehingga menjadi anak yang berjaya (berjaya ke? sampai sekarang keje tetap pn xde lg nie haaaaiiii)

9. Suka baca komik, makan, tido, jalan2 dan melancong tempat orang nak gi eropah rsnyer bilalah dapat peluang agaknya...nak belajar pelbagai bahasa gak nie cm bahasa arab, france ke dll baru ada value added kt diri sendiri nie hehehehe then klu minta keje leh demand kan hahahaha

10. Sekarang pada masa ini aku sedang menulis kt blog wlpn waktu keje haaaiiii kena ganti balik waktu nie dengan balik lewat atau datang sabtu ahad wat keje yg xsiap....insyaAllah.

3. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan nyatakan nama mereka di blog anda

1. Siti Norbaya
2. Radin
3. Hafiz
4. Kak fiza (nak bg balik award nie kt dia)
5. Riza
6. Makcu
7. Kepada sapa2 yang ada blog dan terbaca blog nie (6 orang je aku wat 7 plak)


Harap kenkawan leh ambil masa sket jawab ek klu xde masa pn xpe baca pn ok gak hehehe....

Monday, July 6, 2009

Dugaan dan cabaran hidup

Allah akan menguji hambaNya dengan dugaan dan cabaran hidup yang mampu dia lalui dan harungi. Terkadang terpikir jika dugaan dan cabaran berbentuk fizikal mungkin mudah untuk diharungi. Namun jika dugaan melibatkan hati bagaimana hendak diharungi jika badainya memang perit untuk dihadapi. Hati agak mudah dilukai mudah terguris dengan kata-kata dengan perbuatan dan sebagainya. Semoga dugaan yang datang akan mematangkan diri ke arah yang positif dan bukan ke arah negatif. Janganlah ada perasaan buruk sangka, prasangka, cepat membuat keputusan ke atas seseorang sebelum mengenali terlebih dahulu.

Sentiasa berharap semuanya akan kembali seperti sedia kala....InsyaAllah aminn

Saturday, July 4, 2009

Kepercayaan..

Ermmm dalam hidup ini banyak sungguh dugaan dan cabaran
Dalam berkawan terjalin persabahatan
Dalam persahabatan ada yang boleh dikongsi ada yang tak boleh
Dalam perkongsian perlu ada kerpercayaan
Namun untuk mendapatkan kepercayaan seseorang amat susah
Tapi nak memusnahkannya senang sangat


Betullah kata pepatah/peribahasa (apa2 je la)
Kepercayaan yang dibina bertahun lamanya boleh musnah sekelip mata
Nak dapatkan kepercayaan seseorang punyalah susah
Nak kena jaga setiap perlakuan nak kena jaga kata-kata
Yang paling penting tak menyinggung perasaan
Kena kawal dalam percakapan takut nanti terluah perkara
yang tidak boleh diucapkan.....


Haaaaiiii nampaknya orang yang mampu menyimpan rahsia sahaja
boleh memperolehi kepercayaan seseorang agaknya
Macam aku ni tak dikategorikan sebagai yang boleh menyimpan rahsia
So to play save aku kena cakap awal-awal segala rahsia jangan bagitahu
Takut terlepas cakap bila berbicara, biasanya berlaku bila tengah rancak bercakap lidah pakai bantai je ikut sedap bila nak bercakap hai ni la nasibnya...


Tapi ok gak bila kita tak perlu simpan rahsia orang senang sikit
Kurang beban dihati, tak perlu terlalu berhati-hati ketika nak
keluarkan perkataan, senang berbicara apa sahaja....ye ke?
Ye sebab bila orang bertanya hal sipolan tu begini begitu seolah2 kita tahu semua benda pasal dia, kita jadi serba salah sebab mungkin sebahagiannya kita tahu tapi rahsia la pulak nak cakap tak boleh last2 kita cakap tak tahu je tak ke menipu tu?????


So cara yang paling mudah bila masuk bab yang tak boleh cakap
cepat2 tukar topik cerita atau pergila ke tempat lain contohnya nak gi toilet ke atau sebagainya yang masuk akal supaya tak ketara sangat
Eh apa yang aku melalut nie aku.....


Mula-mula tadi nak citer pasal kepercayaan dan macam mana nak dapatkan balik kepercayaan yang dah hilang tu...erm macam mana yea??? rasa2nya kalau kita minta maaf pn still kita tak dapat sepenuh kepercayaan macam yang asal.... nasib la kalau dah buat salah terima je la seadanya jadikan pengajaran dan jangan buat lagi....


Moral: Jangan sekali kali mensia-siakan kepercayaan orang pada kita
P/s: Cari kawan yang boleh dipercayai...insyaAllah gembira

Friday, July 3, 2009

Viva...

Semalam seorang kawan serumah selesai melalui sesi viva
Setelah 9 semester wat Master Sc.
Lama la gak 9 semester 2
Erm aku insyaAllah akan viva hujung bulan nie atau maybe awal bulan depan
Harap2 semua berjalan dengan lancar hendaknya
Moga dipermudahkan dan semua berjalan lancar.....aminnnn

Wednesday, June 17, 2009

Aku ingin.......

Dealova – Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada


Touching sungguh lagu ini,
liriknyer menyentuh perasaan
lebih2 lg bila tgk citer "Qaseh seputih Ramadan"
part yang paling best bila ayat fahrin "bolehkan awak jadi kekasih saya walaupun hanya dalam mimpi".......pergh dapat dalam mimpi pn jadi la kn..

Wednesday, June 3, 2009

3rd day...

Pepagi lagi cam biasa kena menolak dl van yg dh uzur tu..
Alhamdulilah sekali tolak je dh leh start,xsakit pinggang sangat
Kitorang terus ke jeti beli tiket dl, pastu cari gerai makan isi perut dl
Tunggu orang dtg amik van die yg 'best' tu sambil mengayat2 minta ganti
rugi sbb van byk beri kenangan yg xdapat dilupekan....dptla rm50 kire oklaa
Tapi memang kesian tgk orang yg nk amik van tu balik coz cm serba salah
nk byr kt kitorang ganti rugi..hehehe mana xtahan dh kena keliling dgn
kitorang, ditambah dgn member yg pandai mengayat terpaksala byr ganti
rugi kt kitorang huhuhuhu satu pengakhiran yg sudah dijangka
pasti leh dapatnyer klu yg mengayat orang yg berbakat dan bijak berkata2 nie
Aku kena belajar nie nnt nk ayat marka2 senang ye tak????hehehehe

Kitorang naik bot laju.....memang laaaaajuuuu (penegasan disini)
maybe hanya bg penaip rasa laju bg orang lain xla laju sgt kn
lantakla klu diorang rs xlaju aku peduli ape, ni blog aku suke ati la nk
tulis ape2 kn...hehehe klu aku tulis laaajuuu maknnyer laaaajuuu laaaerm sampai je kt sana kitorang cari port lepak barang2 dl pastu apa lg
dh air masin depan mata, jernih lak tu terusla berendam dan berenang
Oppps lupe lak nk bgtau,kitorang lepak kt pulau manukan,lawa gak la
pulau die, pemandangan pn cantik ditambah dgn 'pemandangan' yg
cantik2 yg berupaya menambahkn lg berat pada bahu kiri yg sedia berat
nie..hehehe dugaaaaann, eh2 bukan, coooobaaaaaannnn ye ke cooobaaan??
Kitorang mandi2 sambil tgk ikan2, coral (pada sesapa yg berjaya jumpe)
Sewa gogles (betul ke ejaan tu, aku malas nk check kamus nie) and jacket
Boss kitorang yg cute tu paling lama berendam xnaik2 nak bg tan kn badan
yg dh sedia tan kot....hihiihi klu dia bc nie sure kena pecat nie!!!!
Erm ingatkan nk belajar berenang tp apa kn nasib badan dan bertambah
berat hehehehe (alasan je tu) tp sempat gak gune life jacket and gogles
tgk ikan2...yg paling kelakar cam budak2 masa 1st time gune alat tuAir masuk dlm tempat sedut tu la, dh la gi tempat yg agak dalam
ditambah dgn ketinggian aku yg mmng xberapa tinggi nie kaki tu
siap berjengkit nie kt dasar haii pastu ssh lak nk kena ke daratan
diorang siap gelakkn lg bukan nk tlng antarkn cesss sib baikla
aku xpanik dgn gaya melompat didalam air berjaya juga ku temui
daratan heheehe rs mcm nk lemas je klu terus berada disamping
knkwn yg sungguh profesional berenang nie hehehehe
tp seronok mmng seronok......hopefully leh dtg lg ntuk
honeymoon lak ker, mcm kak fiza ckp survey tmpt sebelum kawen knLepas mandi manda and snorkeling kitorang blk ke KK and MAKAN!!
Kelaparan sungguh!!! then balik jalan kaki ke bilik masing2
dan terus landing atas katil and TIIIIDOOOOO penat seiii

p/s: aku dh jamak takdim dh ek...bg sesiapa yg tertanya2 kitorang nie solat ke x hehehe


2nd day...


Hari kedua di sabah jejalan ke kijenyer kitorang nie
Hehehehehe siap dh ready ntuk gi kaki gunung kinabalu lg
Keta sume dh tempah, mula2 tempah serena tp last2 dapat ford je
Ford pulak econovan..alahaiiiiiiiii apa laaaa nasib
Mula2 perjalanan cukup smooth...tetibe ada letupan plak
Cuak sume orang ingatkan tayar meletup ngupe2nyer....
Plug keta yg meletup (menurut en nasir selaku driver)
So perjalanan diteruskan ke kaki gunung
Sepanjang perjalanan sume ok je alhamdulillah
Permandangan memang breathtaking subbahanAllah
Ciptaan Allah memang hebat...kitorang sempat berhenti
Bergambar berlatarbelakangkn gunung tu..siap ada awan lg
Pastu teruskan perjalanan van yg agak semput nie menjadi perhatian
setiap kereta yg berada dibelakang yg terlalu cemburu dan ingin segera
memintas dan melihat pemandu dan penumpang yg berada didalam
Kami hanya mampu memandang kerana van yg agak hebat ini tak
mampuuntuk bersaing sebaliknya hanya mampu meneruskan perjalanan agar
selamat sampai....

Alhamdulillah kami selamat sampai ke kaki gunung kinabalu dan bergambar2
Sambil menghirup udara yg sejuk dan berkabus...seronok memang seronok
Tapi yg paling best pengalaman kena menolak van yg xberapa nk hidup enjinnye
Pastu terus bertolak ke destinasi seterusnya ke hot spring poring
Niat di hati ingin bermandi manda namun terbantut kerna tempat yg
terlalu sesak dengan pengunjung dan agak kecil serta kurang selesa
tapi tetap juga dapat mandi cuma bahagian kaki sahaja yg berpeluang itu pn
xsampai ke buku lali haiii agak mengecewakan...sabar je la

Ondaway nk balik kena lagi menolak van yg sememangnyer dh xleh nk
ditolong, kecuali tolong tolak aje la klu x, xblk la kitorang unless naik teksi
Kitorang sume balik ke hotel mandi manda dl kemudian baru turun semula
untuk makan2 di luar, macam biasala kena menolak sebelum berangkat
sampai pinggang pn terasa....harap2 tak expiredla pinggang nie yer
coz kawen pn belum lagi nie...pinggang nk pakai lama lg nie hehehehe

So far arini aktiviti sgt menarik dapat melihat ciptaan Allah yg Maha Agung
Sangat cantik dan hebat sesungguhnya kite kena sentiasa bersyukur dgn nikmatnya kerna segala yg diciptanya bukan sia-sia
Banyak gak pengalaman yg ditimba maklumla jauh perjalanan luas pengalamaan iye tak...kata orang tua2 dl2 la kn...

Erm esok ada lg aktiviti harap2 kali nie sume berjalan dgn lancar
Semoga ukhwah yg terbina terjaga, marila saling bertolak ansur dan berkerjasama...apa yg penting????Kerjasama......

Tuesday, June 2, 2009

Kara tak oke...


First time datang sabah....dengan rakan sekerja dan bosss yg baik hati...
Jalan-jalan sepanjang bandar kota kinabalu...
Cari makan dalam kul 4 petang..kelaparan sungguh
Lepas makan dok kt water front esplanade sambil2 bergurau senda
Tangkap gambar 20-30 keping...banyak gmbr pemandangan dari gmbr kitorng
Pastu jalan2 lagi...gi makan kt secrect recipe plak..boss blanje..tqPastu first time gi karaoke...hehehe mmng happening
Tapi nyanyinyer yg xberapa nk ok yela..bantai je lagu ape pn
Ada gak pilih2 mula2 tempah bilik ntuk 1 jam je...Tapi bila dh syok sgt jadi 2 jam haiiiiii dunia dunia...
Lepas penat terus jalan kaki balik hotel punyer la jauh
Hehehe sib baik jalan die straight je xla pening sgt
Erm xdpt tepek gmbr lg sbb lum transfer lg....nnt2 la ek
Ni baru 1st day....xtau la cmner 2nd. 3rd and 4th day nnt
harap2 sume okla hendaknyer......

Thursday, May 28, 2009

Sampai Syurga...

Kumembenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Tgh pening tulis paper xsiap2...
Last2 dengar lagu and paste je la lirik kt sini
Best gak la lagu nie
Cume betul ke akan sampai syurga????
Erm.....ssh tu nak jawab
Layan je la lagu nie sebelum post baru
Harap2 dpt tulis pkr yg menarik ntuk dikongsi
Kongsi?? Erm ada benda leh kongsi ada yg xleh
Tapi yg xleh tu yg naaak sgt tulis kt blog nie
Haaaiiiii.....cmner nk wat tu?
Wait and see....

Tuesday, May 12, 2009

Ikan emas


Hari pertama menjejakkan kaki di tanah medan, kami semua bertemu dengan sumardi atau lebih dikenali sebagai ah beng. Beliau la yang menjadi pemandu pelancong kami di sana. Kami terus dipelawa menaiki bus yang telah sedia menunggu untuk terus ke Parapat, Danau Toba. Dalam perjalanan ke sana kami diperdengarkan dongeng kisah cerita rakyat yang popular. Kisah ikan emas berwarna emas dan ikan emas berwarna hitam(ada ke ikan emas warna hitam??) hish2x pelik2 la, nama pn cerita dongengkn.


Kisahnyer terdapat seorang lelaki yang sebatang kara tinggal berhampiran dengan tasik toba (danau toba la tu kot), setiap hari seperti kebiasaan lelaki ini akan turun ke tasik untuk memancing ikan. Setelah dapat ikan dia akan bawa balik, masak dan makan seorang diri. Begitulah setiap hari aktivit lelaki ini, namun pada suatu hari ketika memancing, pancingnyer dimakan seekor ikan emas yang besar. Lelaki ini bawa balik dan ingin memasaknyer, tapi membatalkan niat tersebut dan menyimpan ikan itu di dalam kolah. Dia bercadang untuk membahagi-bahagikan ikan emas yang besar tersebut dengan orang kampung pada keesokan harinya.

Keesokan harinya semasa ingin mengambil ikan yang berada dalam kolah, lelaki itu berasa pelik kerana di dapur seperti ada orang yang memasak. Seorang perempuan yang cantik sedang memasak, lelaki itu terkejut, perempuan itu mengatakan bahawa dia adalah ikan emas yang telah menjelma menjadi manusia dan ingin menjadi isteri lelaki itu. Terpegun lelaki tersebut kerana jika ingin berkahwin seeorang lelaki mesti mempunyai sekurang2nya seekor kerbau. Lelaki ini tersangat miskin dan tak mampu untuk memiliki hatta seekor kambing pn.


Dia sangat gembira dan bersetuju untuk berkawin, tapi syarat perempuan tersebut ialah tidak memberitahu pada sesiapa pn tentang asal usulnyer. Lelaki tersebut bersetuju dan mereka berkawin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Kehidupan lelaki tersebut bertambah baik dan dia mula bercucuk tanam untuk menyara keluarganhya. Setiap hari, si isteri akan membawa makanan untuk suaminya pada waktu tengahari, nasi berlaukkan ikan emas.

Rutin itu dilakukan setiap hari sehingga si anak besar dan tahu untuk pergi sendiri untuk menghantarkan makanan kepada bapanya. Si isteri telah memanggil anaknya dan menyuruhnya menghantar makanan kepada bapanya yang sedang berkerja pada waktu tengahari. Si anak bersetuju dan berangkat bersama2 makanan yang mengandungi ikan emas. Dalam perjalana si anak bertemu dengan sekumpulan kanak2 yang sedang bermain. Dia berasa seronok dan ingin menyertai mereka bermain. Mereka bermain hingga melewati waktu tengahari dan hingga ke petang.


Setelah petang barula si anak teringat akan makanan yang perlu dihantar kepada bapanya. Tetapi perut si anak terlalu lapar dan dia makan sebahagian makanan yang ada dalam bungkusan tersebut. Seterusnya dia meneruskan perjalanan dan memberikan makanan kepada bapanya. Bapanya terkejut melihat makanan tengaharinya sangat ringan dan setelah membukanya dia merasa marah kerana makanan tersebut adalah sisa2 makanan. Lalu dia memarahi si anak hingga terlepas kata yang si anak berasal dari ikan.

Si anak terperanjat dan berlari balik dan bertemu ibunya dan bertanya tentang kebenaran kata2 bapanya. Si ibu merasa sedih dan keluar dari rumah menuju ke tasik toba dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas keemasan. Manakala si anak melihat ibunya terjun dia pn terjun dan berukar menjadi ikan emas hitam. Si bapa yang menyesal akan keterlanjuran kata segera pulang namun sudah terlambat dan menyesal akan katanya. Dia pn terus ke tasik dan terus terjun ke dalam tasik dan bertukar menjadi ikan emas hitam.

Hai begitula ceritanyer yang diceritkan oleh ah beng kepada kami, nk tergelak pn ada. Walaupn cerita dongeng orang2 di sekitar tasik toba ini akan membawa ikan emas yang digoreng dan 3 gantang beras (rasanyer kot ingat2 lupe nie) dan diberikan kepada keluarga yang mengadakan kenduri perkahwinan. Dh jadi adat diorang dh sekarang nie......pastu si ah beng sambung lg dengan citer dongeng yang lain plak....lain kali la ek sambung


Saturday, May 9, 2009

Medan



Sebelum berlepas ke angkasa lepas tukang taip (penaip) bersama sebahagian teman di KLCC..eh silap KLIA



Disebabkan penaip pertama kali menjejakkn kaki di dalam kapal yg mampu terbang ini mcm tau2 aje tempat duduknyer di tepi tingkap (whoa lawanyer awan..sudah jakun sedikit)



Hanya 45-55 minit sahaje penerbangannyer anda sudah mampu melihat rumah2 di bawah itu, ya betul itu rumah ya bukan kotak2....=)



Akhirnya kami berjaya sampai dgn selamat alhamdulillah...teman penaip bergambar dihadapan airport medan bersama kereta barunyer dgn no. bertuah 19....hihi



Seterusnyer kami teruskn perjalanan ke parapat, danau toba dgn menaik bas selama kira2 5 ke 6 jam, penatnyer Tuhan sahaja yg tau. jalannyer bersimpang siur, berlopak2 macam naik kereta kuda daaaa



Sebahagian permandangan di lake toba






Inilah petanyer lake toba kt tgh2 tu pulau samosir where our nightmare begins......
Entry kali ni hanya ntuk memaparkan gambar&pemandangan yg menarik, kisahnyer perjalanan hidup 6 orang sahabat akan diceritakn kemudian ya..















Rasa macam nak terjun, tapi takut tenggelam..







Danau Toba..



Air yang paling berani..air terjun



Kawasan penginapan Belanda di zaman jajahan beliau



Kuda ku lari gagah berani...



Kuda ku malas lari takutkan anjing..aku yang cabut lari...



Pekan Berastagi



Ni la sebahagian gambar2nyer insyaAllah dari semasa ke semasa akan ada pertambahan....enjoy the pictures...=)